ARKIB

KATEGORI

InfoTips

TIPS : Cara nak elakkan ‘mabuk kereta’

Views

Bila sebut pasal ‘mabuk kereta’ ni kan, penulis teringat zaman masa kecil-kecil dulu. Bila balik kampung je, mesti pening tengok pokok kelapa sawit, lepas tu macam biasalah, bapa penulis akan berhentikan kereta tepi jalan dan penulis pun muntahlah sepuas-puasnya. Mengalahkan orang mabuk laut pulak, nasib tak sampai ke tua jadi begitu. Rupa-rupanya itu petanda nak dapat jodoh dengan anak peneroka Felda (penulis tak bohong tau!). Haaa, tepuk!!!

Ok, kita balik semula dengan kisah ‘mabuk kereta’, kami nak kongsikan tips dari rakan kami, saudara Wan Amir untuk bacaan anda. Kebiasaannya la kan, yang kena simptom ‘mabuk kereta’ ini adalah penumpang terutama duduk di belakang. Pemandu kalau kena ‘mabuk kereta’ tu memang agak peliklah kan. Nak pulak kalau kena jalan jauh, lalu jalan yang ada selekoh macam ular kena palu lepas tu naik bukit macam nak ke Cameron Highland. Nampak gayanya ladang teh la la jadi tapak pelupusan sisa buangan tadi.

JOM BACA >> TIPS : Kilatkan Lampu Depan Kereta Yang Kusam Dan Kekuningan Dengan Modal Tak Sampai RM15!

Ini tips yang anda boleh gunakan untuk mereka yang kerap dilanda simptom ‘mabuk kereta’:

  1. Buka tingkap kereta untuk dapatkan udara luar.
  2. Jangan membaca atau berterusan melihat telefon bimbit.
  3. Jangan makan makanan berat semasa dalam perjalanan.
  4. Pastikan anda sediakan plastik kosong untuk tadah muntah, kalau tak habis kereta bau muntah anda.
  5. Sediakan makanan yang berasaskan halia, berpudina macam gula-gula getah atau asam.
  6. Berhenti dengan lebih kerap.
  7. Elakkan pewangi kereta yang berbau kuat dan tajam.
  8. Jangan merokok di dalam kereta.
  9. Jangan letakkan durian atau benda berbau kuat di dalam kabin kereta.
  10. Pejamkan mata dan sebaiknya tidur semasa dalam perjalanan.
  11. Pemandu sebaiknya elakkan membrek terlalu kerap atau mengejut.
  12. Kalau semua di atas tak menjadi, elok anda duduk sahaja di rumah tengok DVD atau layan sembang di Whatsapp group, tak payah mengada-ngada nak ikut. (Kesian!)

Semoga ia memberi manfaat kepada anda semua. Pada penulis, biar “dilanda mabuk cinta, jangan dilanda mabuk kereta!” Adios!

JOM BACA >> TIPS : 5 Benda Yang Boleh Hilangkan Bau Durian Dalam Kereta!

JOM BACA >> Adakah Ini SUV Perodua Kembara Generasi Baharu?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply