ARKIB

KATEGORI

Buletin

TIV industri automotif Malaysia pecah rekod, lepasi paras 700k unit buat kali pertama pada 2022

Berita Tempatan

Views

Industri automotif Malaysia mencipta sejarah baharu dalam jualan apabila merekodkan jumlah keseluruhan industri (TIV) 720,658 unit tahun lalu, meskipun berdepan pelbagai cabaran luaran dan domestik.

Berita Harian melaporkan, Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad, berkata pencapaian bersejarah dan luar biasa mengatasi sasaran MAA iaitu 630,000 unit yang ditetapkan Julai tahun lalu, selain menunjukkan aliran TIV meningkat selepas dua tahun mencatatkan penurunan.

Katanya, TIV 2022 melepasi paras 700,000 unit buat kali pertama dalam sejarah walaupun dibayangi pelbagai cabaran seperti peralihan ke fasa endemik, dasar sifar COVID-19 China, pergolakan geopolitik Russia-Ukraine, perang dagang Amerika Syarikat (AS) dan China serta isu rantaian bekalan.

Di peringkat domestik pula, pasaran berdepan cabaran isu bekalan cip komputer dan ketidaktentuan politik yang berakhir selepas Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15).

Pencapaian TIV tahun lalu mengatasi rekod tertinggi yang pernah dicatatkan pasaran automotif iaitu 666,674 unit yang direkodkan pada 2015.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Mengulas lanjut, Aishah berkata, prestasi TIV turut didorong oleh keputusan kerajaan melanjutkan insentif pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sehingga 30 Jun 2022 dan kadar faedah yang rendah sejak 2021.

Katanya, kira-kira 60 peratus daripada TIV 2022 juga disumbangkan oleh jualan kenderaan nasional manakala segmen kenderaan penumpang (641,773 unit) dan komersial (78,885 unit) turut merekodkan jualan tertinggi tahun lalu.

Bagi jumlah pengeluaran industri (TPV) kenderaan baharu sebanyak 220,624 unit tahun lalu atau 45.8 peratus lebih tinggi kepada 702,275 unit berbanding 481,651 unit pada 2021,” katanya.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Mengenai unjuran TIV bagi tahun ini, beliau berkata, MAA menyasarkan jualan sebanyak 650,000 unit dengan suku pertama 2023 akan meneruskan momentum positif manfaat pengecualian cukai akan berakhir Mac ini.

Namun, katanya prestasi jualan kenderaan dijangka lebih perlahan berikutan tiada lagi insentif untuk industri automotif tahun ini, selain sentimen pengguna juga lebih berhati-hati susulan jangkaan keadaan ekonomi global yang mencabar.

Selain itu, menurutnya sasaran TIV tahun ini juga lebih rendah berbanding 2022 kerana pembelian kenderaan yang kebanyakannya sudah dibuat pada tahun lalu serta jangkaan kadar faedah lebih tinggi.

Bagaimanapun, menerusi pengenalan banyak model kenderaan baharu dengan dilengkapi teknologi terkini termasuk kenderaan elektrik (EV) pada harga berpatutan dan kompetitif, ia dijangka akan mengukuhkan minat membeli dalam kalangan pengguna.

Namun begitu, secara keseluruhannya industri akan terus berdepan dengan cabaran dan isu rantaian bekalan seperti cip semikonduktor, ketidakstabilan geopolitik dan kemungkinan peningkatan semula kes COVID-19 di seluruh dunia mungkin menjejaskan momentum pertumbuhan ekonomi negara dan seterusnya penjualan kenderaan baharu.

INFO: TIV antara 2014 hingga 2022

2022 – 720,658 unit
2021 – 508,911 unit
2020 – 529,514 unit
2019 – 604,287 unit
2018 – 598,598 unit
2017 – 576,635 unit
2016 – 580,085 unit
2015 – 666,674 unit
2014 – 666,487 unit

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply