ARKIB

KATEGORI

Buletin

TLDM terima enam buah kapal pemintas baharu

Berita Tempatan

Views

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerima enam kapal pemintas atau Fast Interceptor Craf (FIC) bernilai RM80 juta yang akan ditempatkan di pangkalan utama TLDM di seluruh negara. Menurut Harian Metro, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kapal pemintas baharu itu akan digunakan untuk penugasan operasi bagi memperkukuh tahap kawalan di perairan negara terutama Op Benteng.

Beliau berkata, pihaknya menerima enam FIC (untuk penugasan) Op Benteng yang akan digunakan dengan segera. Tambahnya, penempatan aset ini akan ditentukan kemudian di (pangkalan TLDM) seluruh negara termasuk Sabah.

JOM BACA >> Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

Kapal tempur yang dibina sepenuhnya Gading Marine Industry (M) Sdn Bhd (GMI) di limbungan GMI di Lumut Port Industrial Park, Perak dalam tempoh lima bulan itu diserahkan kepada TLDM pada 19 Mac lalu.

Bot tempur FIC yang dilengkapi dua jentera utama dengan sistem dorongan jet air (water jet) mampu untuk mencapai kelajuan maksimum melebihi 50 knot dan dikendalikan lima kru serta mampu membawa sehingga lapan anggota Quick Reaction Force (QRF) pada satu-satu masa.

JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

FIC yang akan diletakkan dalam Skuadron Fast Combat Boat (FCB) berupaya mempertingkatkan keupayaan pengawasan dan pintasan di perairan cetek dan berpulau. Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, pihaknya akan menambah lagi 13 kapal jenis sama untuk mengukuhkan lagi kawalan perairan negara.

Jelasnya, penerimaan enam kapal berkenaan adalah peringkat pertama dan kita bercadang untuk menambah lagi 13 kapal sama bernilai lebih RM120 juta.

Terdahulu Ismail Sabri merasmikan stesen pam minyak BHP Mutiara Armada dan melawat dua anggota TLDM, Bintara Muda Asrul Nizam Ahmad, 36, dan Bintara Muda Nor Zaharin Rosland, 39, yang masing-masing diserang angin ahmar sebelah badan sejak 2017 dan 2018. Kemudian beliau berbuka puasa bersama warga TLDM di Masjid An-Nur Pangkalan TLDM Lumut.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Kementerian Pertahanan Malaysia

JOM BACA >> Ottimo sedang persiapkan ‘supermoped’ 175cc baharu?
JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam
JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?
JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply