TM telah mengumumkan kerjasama strategik dengan Perodua dalam memajukan pembangunan kenderaan elektrik (EV), inovasi digital, dan pertumbuhan lestari.
Ia sejajar dengan visi Malaysia untuk mewujudkan sektor automotif bernilai tinggi dan berdaya saing di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030).
Kerjasama ini dimeterai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Amar Huzaimi Md. Deris, dan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Sri Zainal Abidin Ahmad.
Kolaborasi ini meliputi empat bidang strategik, iaitu: Rangkaian Sambungan Hiper (Hyperconnected Network), Kemajuan Teknologi Digital, Peningkatan Pengalaman Pelanggan, dan Kelestarian Alam Sekitar.
TM, melalui TM One, berhasrat menaik taraf infrastruktur Perodua dengan menyediakan sambungan tetap dan tanpa wayar, termasuk penyelesaian SD-WAN untuk rangkaian pengedar, rangkaian 5G persendirian untuk aplikasi automotif, dan teknologi pembuatan pintar untuk meningkatkan kecekapan pengeluaran.
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
Usaha ini akan memperkukuh keupayaan operasi Perodua, memperkemaskan pengurusan data, dan menyokong perkembangan masa hadapannya.
TM One juga akan memanfaatkan kemampuannya dalam Cloud, Keselamatan Siber, Analitik Data, dan keupayaan kecerdasan buatan (AI) untuk menyediakan inisiatif seperti pembuatan pintar, GPU sebagai Perkhidmatan, serta teknologi EV dan pemanduan tanpa pemandu.
Selain itu, TM dan Perodua akan bekerjasama memperluas capaian pasaran dan meningkatkan keterlihatan jenama melalui produk bersama dan strategi inovatif ke pasaran.
Ia merangkumi sistem inforia khusus, penyelesaian pemetaan pintar, dan pemasaran bersama menggunakan alat digital untuk menarik segmen pelanggan baharu.
TM dan Perodua juga komited terhadap kelestarian alam sekitar dengan bekerjasama dalam penyelesaian tenaga bersih untuk infrastruktur pengecasan EV dan pengurangan sisa.
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
Melalui latihan tenaga kerja, R&D, dan amalan lestari, kerjasama ini akan memupuk budaya inovasi untuk masa depan automotif Malaysia yang lebih berdaya digital dan mesra alam.
Amar Huzaimi Md Deris berkata, kerjasama dengan Perodua mencerminkan komitmen TM dalam memacu transformasi digital dalam industri automotif, meningkatkan pengalaman pengguna, dan mencipta nilai jangka panjang.
Ini adalah satu lagi pencapaian dalam aspirasi TM untuk menjadi Pemacu Digital, mempelopori pertumbuhan industri melalui pendigitalan dan membuka peluang baharu untuk memacu organisasi dan negara ke hadapan.”
Datuk Sri Zainal Abidin berkata, kerjasama ini menonjolkan matlamat Perodua untuk memodenkan industri automotif, memperkukuh operasi, dan menetapkan standard bagi keterhubungan digital dalam industri.
Kerjasama ini merangkumi pelbagai aspek yang akan memberi manfaat kepada pelanggan Perodua serta menghasilkan kesan limpahan kepada industri digital dan automotif negara.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
KOMEN TERKINI