ARKIB

KATEGORI

Buletin

TNB akan bina stesen pengecasan EV berkonsepkan seperti stesen minyak menjelang 2023

Berita Tempatan

Views

Sejak kebelakangan ini, beberapa syarikat dan stesen minyak mula menyediakan lokasi khusus untuk pengecasan kenderaan elektrik (EV).

Terbaharu stesen pengecasan EV berprestasi-tinggi (HPC) pertama di Asia Tenggara hasil usahasama Shell dan Porsche Asia Pacific di Tangkak, Johor telah mula beroperasi secara rasmi sejak 13 Januari lalu.

JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?

Portal Amanz.my melaporkan, Tenaga Nasional Berhad (TNB), menerusi Tenaga Switchgear, berhasrat untuk membuka stesen pengecasan EV pertama mereka di Bangsar dan ia dijangka siap menjelang tahun 2023.

Menariknya, stesen ini juga dijangka bakal menggunakan tenaga solar untuk menjana stesen yang akan dipasang pada bahagian bumbungnya.

JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’

Selain itu, TNB juga dijangka akan memasang pengecas pantas DC di ibu pejabat Kota Damansara, seawal bulan hadapan.

Baru-baru ini TNB bersama dengan BMW Group Malaysia dan beberapa syarikat lain telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) untuk melanjutkan usaha pembangunan ekosistem dan infrastruktur bagi EV di Malaysia sempena acara NEXTGen Malaysia.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit TNB Careline

JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply