ARKIB

KATEGORI

Buletin

TNB dan Gamuda Land bina stesen pengecas EV solar pertama, Elektron

Berita Tempatan

Views

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjalin kerjasama strategik dengan Gamuda Land, cabang pembangunan hartanah Gamuda Bhd bagi membina dua Stesen Elektron untuk pengecasan kenderaan elektrik yang berkuasa solar pertama di negara ini.

Menurut Berita Harian, stesen itu akan dibina bagi projek pembangunan hartanah Gamuda Land di Gamuda Cove dan Taman Gamuda.

Ketua Pegawai Strategi dan Venture TNB, Datuk Ir Megat Jalaluddin Megat Hassan berkata, stesen itu dijangka dapat memberi perkhidmatan menjelang 2025.

Beliau berkata, ia juga akan mempercepatkan pembangunan ekosistem dan infrastruktur untuk Kenderaan Elektrik (EV) di Malaysia sekali gus menyokong visi kemampanan kedua syarikat.

Stesen elektron masa hadapan itu katanya akan dikuasakan oleh panel solar atas bumbung yang akan membantu mengimbangi elektrik daripada grid dan menyokong persekitaran yang lebih hijau.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Stesen elektron masa hadapan itu katanya akan dikuasakan oleh panel solar atas bumbung yang akan membantu mengimbangi elektrik daripada grid dan menyokong persekitaran yang lebih hijau.

Kerjasama ini akan memberi laluan kepada TNB dan Gamuda Land untuk bekerjasama ke arah meningkatkan penggunaan kenderaan elektrik di Malaysia dan mencapai aspirasi pelepasan sifar bersih Malaysia menjelang 2050.

Pada masa yang sama, stesen akan membolehkan kedua syarikat meningkatkan usaha berterusan mereka untuk mencapai sasaran Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) sambil memastikan pertumbuhan berterusan perniagaan.

Megat Jalaluddin berkata, menyokong pertumbuhan kenderaan elektrik adalah sebahagian daripada tonggak peralihan tenaga TNB.

Beliau berkata, ia sememangnya langkah yang tepat ke hadapan dalam merealisasikan aspirasi untuk menyediakan pelan induk yang mampan, menampilkan reka bentuk responsif iklim, pengangkutan bersepadu dan pembinaan tenaga super rendah dengan ciri pintar.

Jelas beliau, semua inisiatif ini memerlukan pelaburan yang besar dan tiada entiti individu akan mampu memikul tanggungjawab ini seorang diri.

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian

Oleh itu, kerjasama seperti apa yang TNB dan Gamuda Land laksanakan adalah selaras dengan menyokong wawasan kerajaan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Gamuda Land, Chu Wai Lune pula berkata, pengangkutan bandar menyumbang sekitar 23 peratus daripada pelepasan karbon.

Katanya, ia juga dapat memastikan perkembangan kumpulan adalah dilengkapi dengan kemudahan untuk menyokong mod pengangkutan bandar yang mampan.

Ia juga katanya menjadi salah satu kunci utama dalam memberi tumpuan kepada reka bentuk pelan induk kumpulan dalam usaha membangunkan perbandaran pintar dan mapan.

Stesen elektron akan melengkapkan usaha pengurangan karbon mereka seperti laluan khusus untuk berbasikal dan berjalan kaki serta mempunyai e-trem di dalam perbandaran sebagai kaedah pengangkutan alternatif untuk komuniti.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply