ARKIB

KATEGORI

Buletin

TNB dan PLUS jalin kerjasama bina rangkaian stesen pengecas EV di lebuh raya

Berita Tempatan

Views

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjalin kerjasama dengan PLUS Malaysia Bhd (PLUS) bagi program mengurangkan pelepasan di lebuh raya, seiring dengan komitmen kerajaan menuju pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050.

Menurut Berita Harian, dalam satu kenyataan bersama, kedua-dua pihak bersetuju untuk bekerjasama memastikan pengurangan pelepasan karbon di lebuh raya PLUS melalui tiga inisiatif kelestarian iaitu membangunkan rangkaian stesen pengecas kenderaan elektrik (EV), pemasangan sistem pemantauan kecekapan tenaga dan pemasangan sistem solar fotovoltaik di bangunan Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) yang terpilih.

JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

Melalui kerjasama itu, rangkaian stesen pengecas kenderaan elektrik akan dipasang di R&R terpilih dan berpotensi tinggi di sepanjang jajaran lebuh raya PLUS.

Sistem pemantauan kecekapan tenaga dan sIstem solar fotovoltaik akan dipasang pada bumbung bangunan R&R Ayer Keroh (arah utara) dan R&R Tapah (arah utara) dengan jumlah kapasiti lebih 360 kWp.

Memorandum perjanjian persefahaman (MoU) antara TNB dan PLUS itu baru-baru ini disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir Baharin Din, berkata TNB akan menyediakan bekalan elektrik berdaya harap dan stabil kepada ekosistem pengecasan EV yang dipersetujui bersama kedua-dua pihak.

JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?

Beliau berkata, TNB juga menawarkan penyelesaian kepada PLUS yang boleh mengoptimumkan kos elektrik dan menyokong sumber tenaga hijau dan mampan dalam mengurangkan pelepasan karbon.

Katanya, tiga inisiatif di bawah MoU itu akan mengurangkan pelepasan karbon serta menyokong penggunaan tenaga hijau selain mengoptimumkan penggunaan tenaga elektrik dalam operasi perniagaan bagi meningkatkan lagi komitmen terhadap Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).

Sementara itu, Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail, berkata inisiatif itu dilaksanakan bagi memperbanyakkan lagi rangkaian stesen pengecas kenderaan elektrik demi memastikan perjalanan pelanggan yang menggunakan kenderaan elektrik lebih lancar, selamat dan selesa khususnya di sepanjang lebuh raya PLUS.

Beliau berkata, inisiatif itu mengukuhkan komitmen PLUS dalam menerajui industri selaku pengendali lebuh raya yang peka terhadap kelestarian alam sekitar.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit TNB Careline

JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply