ARKIB

KATEGORI

Buletin

TNB labur RM90 juta bina infrastruktur mengecas EV

Berita Tempatan

Views

Tenaga Nasional Bhd (TNB) akan melabur RM90 juta dalam tempoh tiga tahun bagi menyokong ekosistem kenderaan elektrik (EV) di negara ini untuk memanfaat potensi nilai pasaran RM1.3 bilion menjelang 2030.

Menurut Berita Harian, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Baharin Din, berkata pelaburan berkenaan termasuk pembinaan infrastruktur mengecas EV menerusi menjalin kerjasama strategik dengan PLUS Malaysia Bhd untuk menyediakan infrastruktur berkenaan di rangkaian lebuh raya PLUS.

Beliau berkata, selain pembinaan infrastruktur mengecas EV di lebuh raya PLUS, TNB juga akan membina infrastruktur berkenaan di jalan raya di bawah kendalian Jabatan Kerja Raya (JKR) terutama bagi laluan utama.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Katanya, TNB juga akan menjalin kerjasama dengan peserta EV, penggunaan EV bagi kenderaan syarikat, meningkat dan memperkasakan kemahiran tenaga kerja dalam EV serta menaja pengajian berkaitan EV untuk menyokong ekosistemnya di negara ini.

Semua usaha ini adalah untuk menggalakkan permintaan terhadap penggunaan EV di negara ini dengan sasaran 500,000 kenderaan sedemikian di jalan raya Malaysia menjelang 2030.

Setengah juta EV itu diterjemahkan kepada kira-kira 2.318 jam terawatt (TWh) keperluan mengecas elektrik bernilai hampir RM1.26 bilion. Beliau berkata demikian pada taklimat mengenai Peralihan Tenaga TNB di Kuala Lumpur, hari ini.

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

Mengulas lanjut, Baharin berkata usaha memasang infrastruktur mengecas pantas di rangkaian lebuh raya PLUS itu dijangka bermula September ini.

Beliau berkata, TNB mempunyai kelebihan berbanding peserta lain membabitkan penyediaan komponen dalam ekosistem EV di negara ini dengan keupayaannya untuk menyediakan bekalan elektrik, pembinaan infrastruktur mengecas dan perisian jaringan.

Katanya, aplikasi mudah alih akan digunakan untuk memudahkan pengguna EV melanggan untuk mengecas kenderaan masing-masing.

Selain PLUS, pihaknya juga akan menjalin kerjasama dengan pengendali lebuh raya lain di negara ini bagi menggalakkan penggunaan EV dalam kalangan rakyat. TNB mengalu-alukan kerjasama dengan rakan strategik untuk merangsang pertumbuhan ekosistem EV.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply