Persatuan Automotif Malaysia (MAA) sedang merancakkan aktiviti untuk Kuala Lumpur International Motor Show2013 (KLIMS13) dengan mengadakan Persidangan Automotif Antarabangsa Kuala Lumpur ke-4 (KLIAC) 2013. KLIAC akan diadakan dari 12 hingga 14 November 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra iaitu tiga hari sebelum pembukaan KLIMS13. MAA dan Asian Strategy and Leadership Institute (ASLI) bergabung tenaga untuk menganjurkan persidangan tersebut. KLIAC disokong oleh Interexpo (M) Sdn Bhd, pengurus pameran KLIMS13.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed, akan menyampaikan ucaptama bertajuk “Transformasi Industri Automotif – Langkah Ke Hadapan”. Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad akan menyampaikan ucapan khas bertajuk “Membentuk Industri Automotif Negara: Bagaimana Kereta Nasional dapat menyumbang ke arah Pembangunan Ekonomi”.
Para penceramah persidangan termasuk Subash Bose Pillai, Pengarah Direktorat Integrasi Pasaran, Sekretariat ASEAN; P. Ravidran, Pengarah Kanan Kerjasama Ekonomi ASEAN, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri; Muhamad Madani Sahari, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Malaysia (MAI); Satoru Kumagai, Felo Pelawat Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia; Alexander Stedtfeld, Pengarah Eksekutif Dewan Perniagaan dan Industri Malaysia-Jerman; Profesor Dr Wong Shaw Voon, Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya; Dr Hussain Hamid, Ketua Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia (UPM); Ahmed Ismail Hj Amin, ketua ahli Jawatankuasa Keselamatan Jalan Raya Persatuan Automobil Malaysia; Kavan Mukhtyar, Ketua Amalan Automotif & Pengangkutan Asia-Pasifik dan Rakan Kongsi Frost & Sullivan; Rohana Ramly, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Malaysia.
Presiden bagi persatuan-persatuan automotif serantau juga akan berucap di KLIAC. Mereka termasuk Datuk Aishah Ahmad, Presiden Persatuan Automotif Malaysia; Yoshihiro Yano, Naib Presiden Hal Ehwal Antarabangsa, Persatuan Pengilang Automobil Jepun, K. Achana Limpaitoon, Naib Presiden Kanan Persatuan Industri Automotif Thai; Vicente T. Mills Jr, Presiden Persekutuan Automotif Filipina, Dato’ Ir Noor Azmi bin Jaafar, Presiden Persatuan Vendor Proton; Noraini Soltan Talib, Presiden Persatuan Vendor Perodua; Peter Lim Yoke Cheong, Presiden Persatuan Pengilang Komponen Alat Ganti Automotif; Dato’ Syed Mohamad Aidid Syed Murtaza, Presiden Persatuan Pemasang dan Pengedar Motosikal dan Skuter Malaysia.
Para penceramah lain termasuk Tan Sri Asmat Kamaludin, Pengerusi Kumpulan UMW Holdings Bhd; Datuk Dr Wan Mohamed W. E., Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan WSA; Mustapha Kamal Zulkarnain, Pengasas Kuala Lumpur Electric Vehicles Sdn Bhd; Martin Hayes, Presiden dan Pengarah Urusan Robert Bosch (SEA) Pte Ltd; Toh Teong Hin, Pengurus Automotive OE Malaysia dan Malaysian Sheet Glass Sdn Bhd; Dr. Zeno Kerschbaumer, Pengarah Urusan Volkswagen Group Malaysia; Mats Nilsson, Pengarah Urusan Volvo Malaysia; Keith Schafer, Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia dan Yamin Vong, Editor New Straits Times – Cars, Bikes & Truck.
Program-program persidangan termasuk pertemuan meja bulat serantau mengenai “Ke Arah Komuniti Ekonomi ASEAN – Kesan terhadap industri automotif” dan pertemuan meja bulat CEO berhubung “Masa Depan Industri Automotif Malaysia: Ke mana selepas ini?” Turut diadakan ialah sesi mengenai “Senario Ekonomi ASEAN”, “Industri Automotif Global”, “Kenderaan Cekap Tenaga: Mobiliti Lebih Pintar untuk Dunia Yang Bergantung Kepada Tenaga”, “Industri Komponen Automotif: Meluaskan Rantaian Bekalan”, “Dimensi Keselamatan: Keselamatan Automotif dan Keselamatan Jalan Raya” dan “Sorotan kepada Segmen Motosikal: Trend dan Peluang”.
KLIAC berfungsi sebagai saluran untuk delegasi dan penceramah menjalin hubungan dan mewujudkan kerjasama baru atau mengukuhkan kerjasama sedia ada kerana para penggiat utama daripada syarikat-syarikat industri automotif dijangka akan menghadiri persidangan tersebut. Yuran pendaftaran persidangan ialah RM1,800 untuk perwakilan biasa dan RM1,500 untuk perwakilan kerajaan, ahli-ahli MAA dan mereka yang hadir secara berkumpulan (minimum 3 orang). Perwakilan antarabangsa boleh mendaftar pada kadar USD460 untuk satu kumpulan (minimum 3 orang) atau yuran standard USD500 bagi setiap wakil. Pelajar diberi diskaun 50% daripada kadar standard RM1,800 atau USD500.
dari proton tak der eh…ker hantar syed murtaza dari DRB group jek..