ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?

Berita Global

Views

Pentas Tokyo Motor Show 2019 menyaksikan rakan teknikal Perodua, Daihatsu memperkenalkan sebuah SUV kompak yang merupakan versi pengeluaran model konsep DN Trec pada tahun 2017. Menurut portal permotoran berbahasa Jepun, Car Watch , model ini akan dikenali dengan nama Daihatsu Rocky.

Nama Rocky diambil sempena nama sebuah SUV kecil yang popular antara tahun 1989 hingga 2002 sebelum ia digantikan dengan model Terios atau Perodua Kembara. Rocky turut dikenali dengan nama Feroza dan Sportrak di beberapa negara dan generasi terbaharu model ini juga bakal dijenamakan semula menggunakan nama Toyota Rise.

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang

Generasi kedua Rocky dibangunkan dari pelantar Daihatsu New Global Architecture (DNGA) dan dijana oleh enjin tiga-silinder sebaris 12 injap DOHC intercooler turbo bersesaran 996cc yang mampu menghasilkan 98PS pada 6000rpm dengan daya kilas maksimum 140Nm pada 2400-4000rpm. Enjin ini digandingkan bersama transmisi CVT dengan sistem pacuan roda hadapan (2WD).

Dari segi dimensi, Rocky mempunyai ukuran 3995mm panjang, 1695mm lebar, 1620mm tinggi dan jarak antara gandarnya pula berukuran 2525mm. Berat model ini pula adalah 980kg dan saiz tayarnya pula 195 / 60R17. Apa yang boleh diperkatakan, SUV lima tempat duduk ini sebenarnya memberi gambaran awal kepada model SUV terbaharu Perodua (namakod D55L).

JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini

Menurut artikel terdahulu, perisik kami Mat Bond memberitahu yang model D55L bakal dikeluarkan di Perodua Global Manufacturing Sdn Bhd (PGMSB). Baru-baru ini kelihatan sebuah model Axia yang diubahsuai menjadi seperti wagon sedang diuji di Genting Highlands dan besar kemungkinan ia adalah model ujian awal D55L.

D55L dijangka diperkenalkan pada tahun hadapan, mungkin sebelum akhir tahun atau selewat-lewatnya awal tahun 2021. Kami meramalkan untuk versi Perodua nanti ia akan dikuasakan oleh pilihan enjin sama ada 1.3 liter atau 1.5 liter yang akan digandingkan dengan transmisi 4-kelajuan automatik. Mungkin gaya rekaan model ini nanti akan diolah kembali oleh Perodua mengikut citarasa tempatan. Julat tanda harga model ini pula dijangka sekitar RM60K hingga RM75K.

Selain model ini, kami dikhabarkan Perodua akan mempertingkatkan dua model sedia ada untuk tahun hadapan dan dari tilikan kami, model tersebut besar kemungkinan adalah Bezza dan Myvi facelift. Apa pun kita nantikan perkembangan selanjutnya dari semasa ke semasa.

KLIK UNTUK BESARKAN

Daihatsu DN Trec

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply