ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tol percuma luar waktu puncak belum dimuktamadkan – Azmin Ali

Berita Tempatan

Views

Dikala ini warganet masih lagi ‘berperang dengan papan kekunci mereka’ di laman-laman sosial berhubung cadangan Kerajaan untuk menghapuskan kutipan tol dan menggantikannya dengan caj kesesakan di empat lebuh raya milik Gamuda Berhad.

Tapi lain ceritanya semalam apabila Harian Metro melaporkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata penghapusan kadar tol pada waktu luar puncak 11 malam hingga 5 pagi hanyalah cadangan sahaja dan masih belum dimuktamadkan.

Katanya, semua cadangan akan diteliti dan semuanya akan dimuktamadkan oleh pemegang taruh termasuk Gamuda Berhad. Kerajaan perlu memperhalusi kesan pengambilalihan tol kerana ia memerlukan kajian yang menyeluruh.

Tambahnya lagi, beliau mempunyai pengalaman di Selangor ketika mengambil alih syarikat konsesi air dan ia mengambil masa yang lama tetapi perancangan perlu dimulakan dan sebarang keputusan hanya akan diumumkan setelah dimuktamadkan.

JOM BACA >> INTIP: Proton X50 dikesan sekitar Ampang dan Jalan Kuching

Beliau bercakap kepada media selepas berkempen sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih di Kampung Pasir Baru, Semenyih, semalam. Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan kelmarin memaklumkan, kerajaan sudah memulakan proses rundingan dengan Gamuda untuk mengambil alih konsesi lebuh raya milik mereka.

Keajaan bercadang menghapuskan mekanisme kutipan tol lebuh raya dan menggantikannya dengan caj kesesakan pada waktu puncak selama enam jam sehari. Selain itu, kadar tol percuma akan  berikan antara jam 11 malam hingga 5 pagi selain diskaun 30 peratus berbanding kadar tol sedia ada bagi penggunaan waktu biasa.

Ia bakal membabitkan empat lebuh raya iaitu Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan Terowong SMART. Mohamed Azmin berkata, isu tol itu sudah dibincangkan seawal Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan kerana ia adalah janji manifesto parti itu.

Katanya, kesan pengambilalihan itu mesti dikaji supaya ia tidak memberi implikasi kewangan untuk meneruskan agenda pembangunan negara yang lain. Ia harus diimbangi dengan peruntukan pembangunan negara. Ketika ditanya berhubung dakwaan bahawa pengumuman itu untuk memancing undi, beliau berkata, tuduhan itu tidak benar kerana ia sudah dibincangkan sejak tujuh hingga lapan bulan lalu.

JOM BACA >> INTIP: Kelibat unit ujian pertama Proton X50 berjaya dikesan

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply