ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tomoyuki Shinnishi bos baharu Mitsubishi Motors Malaysia

Views

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi Motors di Malaysia telah melantik En. Tomoyuki Shinnishi sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat berkuatkuasa 28 Oktober 2016 menggantikan En. Yang Won-Chul yang akan kembali bertugas di Mitsubishi Corporation (MC). Sepanjang perkhdmatannya, Yang telah mengetuai syarikat untuk memperkenalkan pikap Triton serba baharu, SUV Outlander dan berjaya melepasi angka jualan 100,000 unit di Malaysia.

Penggantinya Shinnishi, menyertai MC, Tokyo pada 1997 dan pernah memegang beberapa posisi penting dalam syarikat dengan pengalaman hampir 20 tahun dalam industri automotif. Dari tahun 2001 to 2008, Shinnishi berpindah ke PT. Krama Yudha Tiga Belian Motors (KTB), yang merupakan pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi Motors di Indonesia dan menyandang jawatan sebagai penasihat Pengeluaran dan Kejuruteraan sebelum mengambil alih tugas sebagai Ketua Unit Jualan dan Pemasaran.

Pada tahun 2008 dan seterusnya, Shinnishi berkhidmat sebagai Pengurus Kenderaan Motor ASEAN dan Jabatan Barat Daya Asia di MC. Tahun 2012, Shinnishi kembali semula ke Mitsubishi Motors Corporation (MMC) di Tokyo sebagai Pengurus Pejabat Russia & Pakatan untuk menguruskan Jualan dan Pemasaran Mitsubishi Motors untuk pasaran Russia.

“Dengan pengalaman dalam bidang automotif yang cukup kuat, selain semangat dan komitmen ke arah Mitsubishi Motors, kami yakin Shinnishi akan terus memacu Mitsubishi Motors untuk muncul sebagai jenama yang terunggul di Malaysia,” kata Tan Sri Marzuki bin Mohd Noor, Pengerusi Lembaga Pengarah MMM.

Kami di funtasticko.net mengucapkan Selamat Datang ke Malaysia (Marēshia e yōkoso) kepada En. Tomoyuki Shinnishi!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment


  • Sejak Mitsubishi menjadi anak syarikat Nissan tahun ini, Mitsubishi dijangka menerima perpindahan teknologi daripada Renault melalui Nissan.. Kolaborasi Renault-Nissan sejak 1999 telah membuktikan kejayaan beberapa tahun kebelakangan ini.. Mitsubishi akan menerima tempias hasil teknologi yang dibangunkan dari kolaborasi Renault-Nissan..

    Perkara biasa dalam dunia automotive.. Pengeluar kereta yang rugi atau mengalami kejatuhan saham yang mendadak tidak tutup atau gulung tikar begitu sahaja tetapi diambil alih automaker lain yang lebih berkeupayaan..

Leave a Reply