ARKIB

KATEGORI

Buletin

Topeng dan pelindung muka buatan Lamborghini, bantu Itali tangani COVID-19

Berita Tempatan

Views

Pandemik COVID-19 kini sedang melanda dan mengancam ribuan nyawa di seluruh dunia. Negara Itali antara yang ketika ini di tangga kedua carta COVID-19 tertinggi di dunia, sedang berusaha sedaya-upaya untuk menangani wabak tersebut. Terpanggil untuk membantu ‘wira-wira barisan hadapan’ yang sedang berjuang, Lamborghini ‘menghulurkan tangan’ untuk membantu kerajaan di negara tersebut.

JOM BACA >> INTIP : Adakah Geely Vision S1 bakal jadi Proton X30?

Syarikat tersebut telah mengumumkan pengeluaran topeng dan pelindung muka untuk kegunaan petugas perubatan. Pengeluaran peralatan penting itu dihasilkan di kilang pengeluaran Lamborghini di Sant’Agata Bolognese, Itali. Topeng muka dihasilkan oleh pekerja yang terlibat dengan pembuatan kemasan dalaman model Huracan dan Aventador dengan sasaran 1,000 unit sehari.

Bagi pelindung muka perubatan pula, ia dihasilkan dengan pencetak 3D yang terletak di kilang pengeluaran serat karbon dan unit Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dengan sasaran 200 unit sehari. Topeng dan pelindung muka ini akan disumbangkan untuk kegunaan Hospital Sant’Orsola-Malpighi di Bologna.

JOM BACA >> Lagi foto risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris

Menurut Pengerusi dan CEO Automobili Lamborghini, Stefano Domenicali, dalam situasi kecemasan seperti ini, pihaknya rasa terpanggil untuk memberikan sumbangan. Hospital Sant’Orsola-Malpighi merupakan salah sebuah instituisi yang mempunyai hubungan kerjasama selama bertahun-tahun dengan Lamborghini dalam mempromosikan perlindungan kesihatan pekerja dan projek penyelidikan.

Tambah beliau, mereka akan memenangi peperangan ini dengan bekerja dalam satu pasukan, menyokong mereka yang berada di barisan hadapan yang berjuang dengan pandemik ini setiap hari.

KLIK UNTUK BESARKAN

* Foto kredit Motor1

JOM BACA >> Risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris, kembar Myvi di Indonesia dapat versi crossover lebih awal?
JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai
JOM BACA >> Stesen minyak pertama Five akan mula beroperasi bulan ini
JOM BACA >> TuneD perkenal kit badan khas untuk Proton Saga FLX – Harga bermula dari RM 1,980
JOM BACA >> Theophilus Chin beri gambaran Honda City Hatchback secara digital

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply