ARKIB

KATEGORI

Buletin

Touch ‘n Go lancar siri pertama kad POP Series dengan warna ‘Coral’, harga RM25.00

Berita Tempatan

Views

Touch ‘n Go dengan bangganya memperkenalkan keluaran pertama kad POP Series yang bergaya, bermula dengan kad berwarna ‘Coral’ ini.

Koleksi edisi terhad ini direka untuk memperkenalkan siri warna yang ceria dan bersemangat, sesuai untuk mereka yang menyukai sentuhan warna sambil mengekalkan reka bentuk yang ringkas (minimalis).

Sebagai siri pertama dalam POP Series, kad ‘Coral’ ini menetapkan nada untuk reka bentuk masa depan, membawa tenaga yang segar dan ceria kepada barisan produk Touch ‘n Go.

JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China

Kad unik ini bukan sahaja memudahkan transaksi harian tetapi juga membolehkan pengguna mengekspresikan keperibadian mereka melalui aksesori yang berani dan cerah.

Ia juga merupakan versi yang dipertingkatkan daripada produk Touch ‘n Go yang menggabungkan praktikaliti dengan personaliti.

Dilengkapi dengan teknologi NFC, kad ini membolehkan pengguna memuat semula baki mereka dengan mudah melalui Touch ‘n Go eWallet menggunakan telefon pintar yang menyokong NFC, pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

Selain daripada pembayaran tol dan transit, kad serba boleh ini juga boleh digunakan untuk transaksi tanpa tunai di lebih daripada 1,500 lokasi parkir yang disokong Touch ‘n Go di seluruh negara.

Berharga RM25.00 setiap satu, kad edisi terhad ini akan tersedia untuk pembelian bermula 8 Ogos 2024 di Pusat Khidmat dan Jualan Touch ‘n Go di NU Sentral dan Bangsar South.

Pelanggan juga boleh memdapatkan kad ini secara dalam talian dari kedai Lazada Touch ‘n Go eWallet dan Mall Shopee Rasmi Touch ‘n Go.

Keluaran pertama dalam POP Series ini menandakan permulaan kepada lebih banyak warna dan reka bentuk kad yang akan diperkenalkan tidak lama lagi.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply