ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Info

Views

Cerita mengenai kembar kepada generasi baharu Perodua Axia (D74A) di Indonesia, iaitu Daihatsu Ayla/Toyota Agya sedang hangat diperkatakan hari ini.

Menurut portal permotoran otodriver.com, model dalam segmen LCGC (Low Cost Green Car) dijangka tiba di negara republik itu pada bulan Mac tahun depan.

Apa yang menarik, dikatakan kedua-dua model itu akan menerima pilihan enjin tiga-silinder 1KR-VET 1.0 liter turbo berkuasa 98 PS dan 140 Nm daya kilas.

Selain itu, Agya dan Ayla akan turut ditawarkan dengan pilihan enjin aspirasi alami (NA) 1.2 liter WA-VE yang menjana 88 PS dan 113 Nm daya kilas.

Kedua-dua penjana kuasa itu nanti akan digandingkan bersama pilihan transmisi 5-kelajuan manual atau D-CVT (Dual CVT).

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Kembarnya di Malaysia, Perodua Axia generasi baharu (namakod D74A) bakal dijana oleh enjin aspirasi alami (NA) versi baharu, namun masih mengekalkan kapasiti enjin dan juga kod lamanya, iaitu 1.0 liter 1KR-VE VVT-i.

Enjin ini dipadankan pula dengan transmisi D-CVT. yang kini digunakan pada model Myvi faceliftAtiva dan Alza generasi baharu.

Menurut ejen perisik kami Mat Bond, ada ura-ura mengatakan Axia 2023 (D74A) mungkin ditawarkan dengan empat pilihan varian, iaitu G, X, SE dan AV.

Ini bermakna Axia 2023 (D74A) akan mempunyai susunan varian berbeza dan lebih satu varian berbanding model semasa – Axia GXtra, Axia Style dan Axia AV.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Tambah Mat Bond, rekaan Axia 2023 (D74A) dihasilkan sepenuhnya oleh anak tempatan dan bakal menampilkan gaya reka bentuk serba baharu dengan DNA rekaan terkini Perodua.

Pada ketika ini Axia 2023 (D74A) berada dalam fasa ujian pengeluaran kedua (Trial 2) dan akan ada dua fasa ‘trial‘ lagi sebelum ia beralih ke fasa pengeluaran massa yang dijangka pada bulan Januari 2023.

Pelancaran Axia 2023 (D74A) pula dijangka pada bulan Februari 2023, sebulan lebih awal daripada Agya dan Ayla. Kata Mat Bond lagi, generasi kedua Axia akan mempunyai spesifikasi lebih tinggi berbanding kembarnya.

Varian AV akan dilengkapi dengan enam beg udara dan Bantuan Pemanduan Selamat (A.S.A 3.0) yang merangkumi ciri-ciri seperti Pemantau Titik Buta (BSM) dan Amaran Lintasan Belakang (RCTA), namun tanpa ciri Kawalan Jelajah Adaptif (ACC).

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Theophilus Chin

Perodua X-Concept

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply