ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota Alphard terbakar – Dua beranak rentung

Berita Tempatan

Views

Seorang bapa dan anaknya yang berusia tiga tahun rentung selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard dinaiki mereka terbakar dalam kemalangan di Kilometer 119.9 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, dekat Kepala Batas, hari ini.

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu kira-kira 10 pagi. Jelasnya, kenderaan yang dinaiki tiga beranak itu dipercayai terbabas dan terbakar.

JOM BACA >> Bayangan awal model Proton X50 – SUV kompak yang paling dinantikan tahun ini!

Tambah beliau, dua mangsa iaitu seorang lelaki dan anaknya berusia tiga tahun didapati rentung di dalam kenderaan itu, manakala isteri lelaki tersebut berjaya menyelamatkan diri. Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kepala Batas untuk dibedah siasat.

Maklumat lanjut mengenai kejadian ini akan dimaklumkan kemudian. Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang Saadon Moktar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kebakaran itu pada 9.58 pagi.



JOM BACA >> Proton V70 – Pengganti Exora dijelmakan dalam bentuk 3 dimensi

Katanya, sepasukan anggota dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kepala Batas bergegas ke lokasi kejadian dan sebaik tiba, sebuah MPV didapati terbakar. Kata beliau, kenderaan tersebut mungkin melanggar penghadang jalan, terbabas dan terbakar 100 peratus di lokasi kejadian.

Menurutnya, selepas api dipadamkan dan pemeriksaan dibuat menemui dua mangsa yang rentung di dalam kenderaan. Mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Info Roadblock JPJ/POLIS

JOM BACA >> Lakaran awal Perodua Bezza 2020 – Berkonsepkan “Tangkas dan Canggih”
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 guna jeriji ‘Infinite Weave’ dikesan, adakah ini versi Proton yang sebenar?
JOM BACA >> Tempahan Perodua Bezza 2020 kini dibuka – Harga bermula dari RM34,580
JOM BACA >> Gerombol

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply