ARKIB

KATEGORI

BuletinInfo

Toyota bagi Ang Pow sehingga RM5K sempena Tahun Baharu Cina

Views

Sempena meraikan kedatangan Tahun Ayam Jantan dalam kalendar Cina, UMW Toyota Motor Sdn. Bhd. kini sedang mengadakan promosi jualan sepanjang bulan Januari 2017. Semasa tempoh promosi yang bakal berakhir pada 31 Januari 2017, rebat tunai sehingga RM5,000 ditawarkan untuk lapan Toyota terpilih.

Antara model model tersebut termasuklah Vios, Camry, Corolla Altis, Hilux, Innova, Fortuner, Avanza dan Sienta. Kesemua yang ditwarkan adalah stok model 2017. Jumlah rebat tunai yang ditawarkan untuk setiap model adalah seperti berikut:-

  • Toyota Avanza – rebat tunai RM2,000
  • Toyota Innova dan Fortuner – rebat tunai RM3,000
  • Toyota Corolla Altis – rebat tunai RM3,000 dengan aksesori percuma bernilai sehingga RM5,700
  • Toyota Vios, Hilux dan Sienta – rebat tunai RM4,000
  • Toyota Camry – rebat tunai RM5,000

Model 2016 yang terpilih juga ditawarkan dan pelanggan yang ingin membelinya bakal medapat rebat tunai sehingga RM10,000 (bergantung pada model). Tawaran ini juga tertakluk kepada ketersediaan stok dan maklumat boleh didapati di bilik pameran yang berhampiran. Semua model baharu kini didatangkan dengan waranti penuh selama lima tahun (tertakluk kepada terma dan syarat) tanpa had perbatuan selepas pendaftaran pertama.

Waranti ini juga boleh dipindah milik kepada pemilik seterusnya jika ia masih sah selepas dijual. Selain itu bilik pameran Toyota seluruh negara akan mengadakan Toyota Showroom Weekender pada 14 dan 15 Januari ini. Di sana pengunjung berpeluang untuk memandu uji model baharu Toyota dan meikmati jamuan ringan yang disediakan. Untuk maklumat lanjut layari laman sesawang toyota.com.my atau hubungi Talian Percuma Toyota: 1800-8-TOYOTA (869682).

KLIK UNTUK BESARKAN

8943DTT004 CNY Sale Promo JAN 2017_PressAd_Star_37x26.1cm_32 cs6

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments

Leave a Reply