ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota bakal perkenal logo 2D baharu, tiada lagi warna merah

Berita Global

Views

Selepas beberapa pengeluar kenderaan seperti Volkswagen, BMW, KIA dan Nissan menukar logo jenama masing-masing kepada versi 2 dimensi (2D), kini tiba giliran Toyota mengikut jejak langkah mereka. Menurut portal permotoran The Automobilist, sama seperti BMW, Toyota tidak mengubah logo asal serta memperkenalkan jenis huruf baharu untuk tipografinya.

JOM BACA >> Proton tak jadi lelong 7 model kereta ini di Pickles Auctions!

Logo 2D Toyota sebenarnya masih sama bentuknya dengan versi semasa, dan ia tampil dengan gabungan warna monokrom hitam/putih. Jika menggunakan latar belakang berwarna atau putih, logo dan hurufnya berwarna hitam, manakala jika latar belakang berwarna hitam digunakan, ia akan menggunakan warna putih.

Apa yang pasti tiada lagi warna merah pada tulisan Toyota kerana rekaan logo yang minimalis dan moden ini hanya menggunapakai tidak lebih dari dua warna sahaja pada kebiasaannya. Rekaan huruf baharunya juga kelihatan lebih moden dengan beberapa bucu pada setiap abjad nampak agak melengkung, tidak lurus dan kaku seperti sebelumnya.

JOM BACA >> Beberapa lagi ‘harta karun lama’ Proton dan Lotus bakal dilelong Pickles Auctions pada 23 Julai nanti!

Jarak antara setiap abjad juga sedikit renggang dan tidak serapat dahulu, manakala saiz logo di atas tulisan tersebut lebih lebar. Jika dilihat dari jarak jauh, logonya akan lebih menonjol berbanding dengan tulisan Toyota, mungkin ini adalah strategi penjenamaan semula syarikat tersebut supaya orang ramai lebih mengingati logonya pada masa akan datang.

Menurut Wakil Presiden Pengalaman Penjualan, Pemasaran dan Pelanggan di Toyota Motor Eropah, Didier Gambart, pengenalan identiti visual baharu ini memberi petunjuk kepada hala tuju Toyota pada masa depan yang akan lebih terarah kepada pengenalan kenderaan elektrik, perkhidmatan mobiliti dan penjualan secara dalam talian. Logo ini bakal diperkenalkan serentak dengan pelancaran Yaris baharu tidak lama lagi.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK : Perodua D55L mungkin dilancar awal tahun depan, bakal ada 3 varian
JOM BACA >> 36 tahun menabur jasa – ‘Pemandu terhebat’ di Proton, Tengku Azizan bersara
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 dan Persona dikesan di Dungun!
JOM BACA >> INTIP : Foto Proton Saga Anniversary Edition bocor!
JOM BACA >> INTIP : MG HS dikesan di Malaysia, sedang jalani proses VTA

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply