ARKIB

KATEGORI

Sukan Permotoran

Toyota buru kemenangan di Sepang 1000KM edisi 2022

Sukan Permotoran

Views

Setelah memcatat kejayaan yang membanggakan dalam kemunculan sulungnya pada Sepang 1000KM edisi 2021, Toyota kini memburu kemenangan menerusi model Vios dalam perlumbaan ketahanan tersebut.

Untuk tahun ini, perlumbaan selama lebih sembilan jam itu bakal dilangsungkan pada 17 hingga 20 November 2022 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

UMW Toyota Motor dan GAZOO Racing Malaysia akan mengambil bahagian dalam kelas MTC dan SP2 dalam perlumbaan tersebut.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Dua pelumba akan berentap dalam kelas MTC, manakala seramai 15 pelumba kelas SP2 akan bersaing dalam GAZOO Racing Vios Enduro Cup yang terbuka untuk semua generasi model yang bertanding dalam siri perlumbaan Vios Challenge dan Vios Sprint Cup.

Tahun lalu, Toyota telah berjaya menamatkan saingan kelas MTC di tempat ketiga dan keempat. gandingan Hayden Haikal dan Timothy Yeo yang memandu Yaris telah berjaya melepasi garisan penamat di kedudukan pertama keseluruhan dan berada tiga pusingan di hadapan pesaing terdekat.

Walaubagaimanapun, nasib malang menimpa mereka kerana telah dikenakan penalti, lalu terpaksa akur ditempat keempat keseluruhan dan ketiga dalam kelas MTC. Gandingan Boy Wong dan Dannies Ng yang memandu Vios berjaya menduduki tempat keempat kelas MTC dan keenam keseluruhan.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Tiga buah Toyota turut berjaya mengisi lima kedudukan teratas daripada 39 penyertaan pada garisan permulaan. GAZOO Racing Vios Enduro Cup bakal menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM30,000 dengan Juara Keseluruhan akan membawa pulang RM10,000.

Naib Juara akan menerima RM8,000, manakala tempat ketiga, keempat dan kelima masing-masing akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM6,000, RM4,000 dan RM2,000. Slot adalah terhad untuk penyertaan dalam GAZOO Racing Vios Enduro Cup.

Jadi, untuk mendaftar sebagai peserta atau untuk maklumat lanjut, pelumba dan pasukan boleh menghubungi wakil Pengurusan Perlumbaan UMW Toyota Motor, iaitu Janet di talian 016-367 3300.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply