ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota Camry baharu raih penarafan 5-Bintang ASEAN NCAP

Berita Tempatan

Views
ASEAN NCAP - Toyota Camry

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT), mengumumkan model serba baharu Camry telah berjaya meraih penarafan 5-Bintang dari ujian perlanggaran yang  telah dibuat oleh Program Penilaian Keselamatan Kereta Baharu di negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP).

Berikut adalah keputusan ujian untuk model Toyota Camry serba banaru:

Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP) – 49.04 mata
Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak (COP) – 22.68
Teknologi Bantuan Keselamatan (SAT) – 19.75 mata
Markah keseluruhan – 91.47 mata

Camry serba baharu yang dilancarkan pada bulan Disember tahun lalu telah berjaya mendapat markah tinggi dari segala aspek termasuklah sistem pra-perlanggaran, pengingat pemakaian tali pinggang keledar, teknologi titik buta dan teknologi bantuan keselamatan.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji X70 enjin 1.5 TGDI dengan transmisi 7-kelajuan DCT naik Genting Highlands?

Model yang direka bentuk semula sepenuhnya ini merupakan generasi kelapan Camry sejak generasi pertamanya dilancarkan untuk pasaran Malaysia pada awal 1990an. Ia hanya ditawarkan dalam varian 2.5V dan dilengkapi dengan ciri Toyota Safety Sense seperti Sistem Pra-perlanggaran, Amaran Lencong (LDA), Bantuan Stereng, Kawalan Jelajah Radar Dinamik (DRCC) selain Lampu Tinggi Automatik (AHB).

Ia menampilkan rekaan yang lebih futuristik serta ekspresif dan dibina dari pelantar Toyota New Global Architecture (TNGA). Toyota telah mengambil pendekatan baharu dalam mereka bentuk, kejuruteraan dan membangunkan model ini yang mempunyai pengendalian yang lebih tangkas, badan kenderaan yang lebih kukuh dan ciri lain bertaraf dunia yang memberikan kelegaan minda selain keseronokan memandu.

Pengumuman keputusan ini telah dibuat semasa upacara pelancaran Garis Panduan Pematuhan Pelabelan ASEAN NCAP 2019 untuk Malaysia yang disempurnakan oleh Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Ia akan diwajibkan kepada pengeluar untuk mempamerkan label penarafan ASEAN NCAP pada kenderaan mereka yang dijual bermula dari 1 Mac 2020 bagi memastikan pengguna lebih peka mengenai penarafan kenderaan yang bakal dibeli oleh mereka.

JOM BACA >> Proton tayang foto rasmi pertama Iriz berwajah baharu – Kini dengan fungsi Arahan Suara

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply