ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota Camry sah jadi kenderaan rasmi MB dan EXCO Johor

Berita Tempatan

Views

Berita Harian melaporkan, Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal, mengesahkan pembelian 15 unit kereta Toyota Camry bagi menggantikan model Honda Accord sedia ada yang tidak lagi sesuai untuk kegunaan rasmi beliau dan anggota EXCO negeri.

JOM BACA >> Proton lancar X70 2020 buatan Tanjung Malim – Harga bermula dari RM94,800

Honda Accord sebelum ini didapati sudah melebihi perbatuan antara 350,000 hingga 400,000 kilometer. Kata beliau, semua kereta rasmi Kerajaan Johor jenis Toyota Camry itu telah mula digunakan sejak 12 Februari lalu. Jelasnya, langkah penggantian kereta rasmi itu diambil selepas menerima pandangan dan nasihat daripada pihak kejuruteraan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Sembang Santai bersama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di Kampung Jorak Bukit Pasir, di Muar, hari ini. Semalam, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim, dilaporkan meminta Dr Sahruddin memberi penjelasan sama ada benar Kerajaan Johor membeli kereta baharu untuk kegunaan beliau dan EXCO negeri.

JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a

Hassan dipetik sebagai berkata, beliau merujuk gambar dalam sebuah portal yang mendakwa Kerajaan Johor membeli kereta baharu terbabit. Apabila ditanya berapakah perbelanjaan Kerajaan Johor untuk membeli 15 kereta Toyota Camry itu pula, Dr Sahruddin memaklumkan, beliau akan menyemak semula kos berkenaan.

Dalam pada itu, beliau menafikan dakwaan bahawa kenaikan cukai tanah di negeri ini sejak awal bulan lalu mempunyai kaitan dengan pembelian kenderaan rasmi baharu Kerajaan Johor. Katanya, dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan pembelian kereta rasmi baharu kerajaan negeri adalah berikutan cukai tanah yang dinaikkan adalah tidak benar.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Ops Johor

JOM BACA >> INTIP : Proton X70 2020 (CKD) mula tiba di bilik pameran – Ini apa yang perlu anda tahu
JOM BACA >> Beberapa model Proton alami kekurangan bekalan komponen akibat Coronavirus – Pengeluaran terpaksa dikurangkan
JOM BACA >> KIA Seltos mula dipertontonkan kepada pengedar
JOM BACA >> Projek super moped Modenas dihidupkan kembali?
JOM BACA >> Geely Hao Yue (VX11) bakal jadi SUV ketiga Proton?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply