ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota Corolla 2019 bakal tiba di Malaysia tidak lama lagi

Berita Tempatan

Views

Akhirnya, selepas Thailand dan Indonesia tiba juga giliran Malaysia untuk menikmati model generasi baharu Toyota Corolla. Semalam Toyota Malaysia telah memuatnaik satu iklan acah model berkenaan menerusi satu hantaran di laman Facebook rasmi mereka. Ia sekaligus mengesahkan ketibaan model yang dinanti-nantikan ini ke pasaran tempatan.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu

Bukan setakat itu sahaja, beberapa imej risalahnya turut tersebar ke laman-laman sosial dan turut dikongsikan oleh warganet kepada kami. Dijangka Corolla 2019 versi Malaysia bakal mempunyai spesifikasi yang hampir sama dengan versi Thailand. Ia bakal dilengkapi dengan beberapa pilihan penjana tenaga – enjin 1.8 liter 2ZR-FBE, 1.6 liter 1ZR-FBE dan mungkin versi hibrid yang dikuasakan oleh enjin 1.8 liter 2ZR-FXE bersama motor elektrik.

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu

Fakta ringkas menarik mengenai Toyota Corolla 2019:

  • Reka bentuk luaran yang lebih aggresif, moden dan dinamik (lebih muda dan tiada lagi imej warga emas).
  • Dibangunkan dari pelantar Toyota New Global Architecture (TNGA) dengan suspensi belakang double-wishbone.
  • Dilengkapi dengan Toyota Safe Sense antaranya Sistem Pra-Perlanggaran (PCS), Kawalan Jelajah Radar Dinamik (DRCC) untuk setiap kelajuan, Lampu Tinggi Automatik (AHB), Amaran Terjajar Lorong (LDR) dan Bantuan Pengesan Lorong (LTA).
  • Sistem telematik Kenderaan yang memantau dan membeitahu lokasi kenderaan pada waktu sebenar menerusi aplikasi mudah alih.
  • Pengecas nirwayar (wireless charger).
  • Paparan pelbagai info bersaiz 7 inci bersama meter Optitron.
  • Pendingin hawa automatik dwi zon

Lima pilihan warna bakal ditawarkan, antaranya Kelabu Celestite (Metalik), Putih Mutiara CS, Perak (Metalik), Hitam Attitude (Metalik) dan Merah Mica (Metalik). Toyota Malaysia turut menawarkan jaminan selama 5-tahun tanpa had perbatuan bermula dari tarikh hari pertama pendaftaran kereta (tertakluk kepada terma dan syarat).

Nantikan ketibaan Toyota Corolla 2019 tidak lama lagi!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji
JOM BACA >> Perodua Bezza facelift versi Theophilus Chin

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply