ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota Corolla Cross Hybrid CKD dilancarkan, harga bermula dari RM136,550

Berita Tempatan

Views

UMW Toyota Motor hari ini melancarkan Toyota Corolla Cross Hybrid pemasangan tempatan (CKD) sebagai sebahagian daripada inisiatif global untuk mencapai keneutralan karbon menjelang 2050.

Model yang dibangunkan dari pelantar Seni Bina Global Baharu Toyota (TNGA) bakal merintis jalan bagi membangunkan industri pengeluaran Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) di Malaysia.

Corolla Cross Hybrid Electric hanya didatangkan dengan satu varian sahaja dengan harga jualan bermula dari RM136,550 (tanpa insurans).

Lima pilihan warna ditawarkan, iaitu Celestite Grey Metallic, Silver Metallic, Nebula Blue Metallic, Platinum White Pearl dan Red Mica Metallic. Menurut Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran. K, sejak dibuka untuk tempahan, pihaknya telah menerima banyak pesanan.

Tambah beliau, ia jelas menunjukkan bahawa rakyat Malaysia menyokong teknologi hijau dan kelestarian alam sekitar dan yakin bahawa EEV bakal menjadi sebagai pengangkutan arus perdana dalam tempoh terdekat.

JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

Timbalan Pengerusi, En. Akio Takeyama pula berkata, UMW Toyota Motor ialah perintis dalam teknologi Kenderaan Elektrik Hibrid (HEV) sejak 2009 menerusi Prius dan usaha ini diteruskan dengan Prius C dan Camry Hybrid.

Enjin hibrid Toyota Corolla Cross 1.8L menggabungkan enjin petrol cekap tenaga dengan dua motor elektrik. Bateri HEV memacu motor elektrik dan dicaskan semula secara automatik apabila pemandu menekan brek (brek regeneratif), melepaskan injak pemecut atau apabila enjin petrol hidup dan sedang beroperasi.

Bateri Sistem Elektrik Hibrid Toyota generasi ke-4 juga telah direka untuk kekal sepanjang hayat kenderaan dan dibangunkan untuk memenuhi lima parameter penting iaitu keselamatan, hayat guna jangka panjang, tahap kualiti tinggi, produk bermutu yang termampu dan prestasi tinggi.

Penggunaan pelantar TNGA membolehkan ciri kejuruteraan yang lebih fleksibel manakala pusat graviti lebih rendah membantu meningkatkan kestabilan. Ini sekali gus melayakkannya menerima penarafan keselamatan 5 bintang ASEAN NCAP.

Dari segi keselamatan, ia dilengkapi dengan Toyota Safety Sense (TSS) yang terdiri daripada Sistem Pra-Perlanggaran (PCS), Penggera Penyimpangan Lorong (LDA) dengan Bantuan Stereng, Kawalan Halaju Radar Dinamik (DRCC), Bantuan Pengesanan Lorong (LTA) dan Lampu Tinggi Automatik (AHB).

Selain itu, model ini turut dilengkapi dengan seperti Pemantauan Titik Buta (BSM) dengan Penggera Lalu Lintas Belakang (RCTA), Sistem Amaran Tekanan Tayar (TPWS) dan tujuh beg udara SRS.

Corolla Cross Hybrid Electric juga dilengkapi dengan Perakam Video Digital (DVR) di depan (DVR bahagian belakang boleh dipasang atas permintaan).

Di samping itu, Sistem Telematik Kenderaan (VTS) boleh mengesan kedudukan kenderaan menggunakan isyarat GSM/GPS. Pemilik juga boleh mengawasi status pencucuhan dan kelajuan kenderaan jika kenderaan dicuri.

Pemilik bagi semua pilihan dalam rangkaian Corolla Cross boleh menikmati langganan percuma VTS selama 3 tahun. Model ini memiliki ruang bagasi yang cukup besar dengan kapasiti 440L. Tempat duduknya pula dibaluti kulit dengan kerusi pemandu kawalan kuasa.

Bagi memberikan lebih keselesaan, ruang kabinnya turut dilengkapi corong udara belakang dan skrin sentuh sembilan inci dan sambungan yang serasi dengan Android Auto dan Apple CarPlay.

Corolla Cross Hybrid Electric ditawarkan dengan jaminan kilang 5 tahun tanpa had perbatuan dan tambahan jaminan 8 tahunt anpa had perbatuan yang merangkumi pek bateri hibrid, penyongsang (inverter) dan Unit Kawalan Pengurusan Kuasa.

Pelanggan juga boleh melanjutkan jaminan dua tahun lagi untuk menjadikan tempoh 10 tahun. Langkah ini disokong oleh rangkaian servis yang meluas di lebih 92 cawangan seluruh negara.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply