ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota Corolla Cross sah dilancarkan 25 Mac ini!

Berita Tempatan

Views

Nampaknya teka-teki mengenai “The Next Big Thing” yang bakal dilancarkan secara maya oleh Toyota pada 25 Mac jam 8.30 malam, terjawab dan model tersebut adalah Corolla Cross. Iklan acah terbaharu yang dimuat naik ke laman Facebook rasmi Toyota Malaysia telah memperlihatkan imbasan susuk tubuh Corolla Cross, meskipun ia masih lagi digelapkan di beberapa bahagian badannya.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Selain itu, laman sesawang Toyota Malaysia juga telah mula membuka peluang kepada orang ramai untuk mengetahui lebih lanjut mengenai model tersebut di pautan ini. Kelibat unit siap bina (CBU) Corolla Cross telah berjaya dikesan di Westport, Klang kira-kira sebulan yang lalu.

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut

Difahamkan, buat permulaan Corolla Cross akan diimport sepenuhnya dari Thailand dan kemudiannya akan dipasang secara tempatan (CKD) di kilang Toyota di Bukit Raja, Klang. Model yang bakal berentap dengan Honda HR-V dan Subaru XV ini dijana oleh enjin 1.8-liter petrol yang mampu menghasilkan 140 kuasa kuda dan 175 Nm daya kilas. Enjin ini digandingkan dengan kotak gear CVT pacuan roda hadapan.

Di Thailand, Toyota turut menawarkan varian hibrid yang menggabungkan enjin 1.8-liter berkuasa 98 kuasa kuda dan 142 daya kilas dengan sebuah motor elektrik yang menghasilkan tambahan 72 kuasa kuda dan 163 Nm daya kilas. Kombinasi hibrid ini disambungkan pula dengan transmisi CVT elektrik.

KLIK UNTUK BESARKAN

Toyota Corolla Cross

JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung
JOM BACA >> Perodua mula siar foto acah Ativa (D55L) di laman sesawang

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply