ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota Eco Youth 2019 – Misi hero remaja selamatkan alam sekitar bermula

Info

Views

Program Toyota Eco Youth 2019 telah dilancarkan oleh UMW Toyota Motor semalam dengan matlamat untuk mendidik para pelajar berkaitan pemuliharaan alam sekitar. Dalam masa yang sama, ia juga bertujuan untuk melatih mereka menjadi pelopor dalam usaha-usaha perlindungan alam sekitar ke arah kualiti hidup yang lebih baik.

Toyota Eco Youth (TEY) mula dianjurkan sejak 2001 dan untuk edisi kali ini myHarapan akan menjadi rakan sekerja bagi program tersebut. Sebagai sebahagian daripada usaha global, Toyota Motor Corporation telah memperkenalkan Toyota Environmental Challenge 2050 dengan sasaran untuk mengurangkan pelepasan karbon dioksida, mengoptimumkan sumber air serta mewujudkan masyarakat yang giat mengitar semula dengan budaya yang lebih mesra terhadap bumi.

JOM BACA >> PANAS : Foto Perodua Axia 2019 varian STYLE bocor!

UMW Toyota Motor telah membelanjakan hampir RM7 juta untuk program ini sejak 2001. Tema untuk tahun ini, “Menjadi Superhero Untuk Selamatkan Dunia” akan mengadunkan idea yang selari dengan perubahan pantas dunia digital hari ini dan menerajui keperluan untuk melahirkan kepimpinan berkesan sebagai pelindung kepada alam sekitar.

Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K berkata, usaha syarikat untuk menjayakan acara ini secara tahunan menunjukkan komitmen berterusan terhadap kepentingan untuk mendidik remaja bagi menggalas tanggungjawab dan bertindak sewajarnya untuk melindungi dan melestarikan alam sekitar.

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, YBhg. Datuk Dr. Mohd Gazali Bin Abas yang turut hadir dalam majlis sama turut menyokong pandangan berkenaan. Katanya, program ini selari dengan aspirasi kementerian serta penglibatan pelajar di dalam projek ini tidak hanya akan memberikan kesedaran, tetapi turut membantu menunjukkan pendekatan secara praktikal bagi teknik penyelesaian masalah cara Toyota.

JOM BACA >> Perodua Axia 2019 – Tempahan kini dibuka, varian baharu STYLE diperkenalkan

Penyertaan bagi program ini terbuka kepada semua sekolah di seluruh Malaysia, termasuk sekolah swasta dan antarabangsa. 12 sekolah telah dipilih berdasarkan serahan video berkaitan pemeliharaan alam sekitar yang telah dihantar. Para pelajar dari semua sekolah ini akan mengikuti sesi bengkel selama tiga hari, untuk diberi pendedahan terhadap Kaedah Penyelesaian Masalah Toyota.

Setiap pasukan dari sekolah terbabit akan diberikan masa tiga bulan untuk melengkapkan usaha berkaitan alam sekitar mereka serta cadangan projek dengan perbelanjaan sebanyak RM2,000 diberikan untuk memulakannya. Perjalanan projek akan dipantau dan dinilai secara berterusan oleh pasukan khas dari UMW Toyota.

Mereka bakal memutuskan pemenang peringkat akhir pada bulan November 2019. Pasukan yang memang bakal membawa pulang hadiah wang tunai menarik seperti berikut:

  • Tempat pertama – Hadiah wang tunai RM10,000
  • Tempat kedua – Hadiah wang tunai RM7,000
  • Tempat ketiga – Hadiah wang tunai RM4,000
  • Tempat keempat – Hadiah wang tunai RM2,000
  • Hadiah saguhati – Wang tunai RM2,000

Selain itu, RM500 juga masing-masing akan akan diberikan bagi setiap persembahan video terbaik dan juga guru sokongan terbaik.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X70 dijangka lebih murah, bakal dilancarkan pada bulan November
JOM BACA >> PANAS : Risalah Perodua Axia facelift 2019 tertiris! Bakal dilengkapi dengan A.S.A 2.0
JOM BACA >> Ini mungkin gambaran Saga 2019 versi hatchback dan ute, jika Proton mahu menghasilkannya
JOM BACA >> MESTI TONTON : Saga 2019 – 10 perubahan paling penting yang wajib anda tahu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply