ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota Fortuner 2021 dilancarkan – 2 varian, harga bermula dari RM172,244

Berita Tempatan

Views

UMW Toyota Motor malam ini secara rasminya melancarkan model Toyota Fortuner 2021 yang dikemaskini. Tempahan model ini telah mula dibuka sejak awal bulan lalu dan ia ditawarkan dalam dua varian dengan harga jualan seperti berikut:

  • Toyota Fortuner 2.8 VRZ 4×4 A/T — RM203,183.00
  • Toyota Fortuner 2.7 SRZ 4×4 A’T — RM172,244.00

Fortuner 2.8 VRZ 4×4 A/T ialah varian baharu yang menggantikan Fortuner 2.4 VRZ yang ditawarkan sebelum ini. Warna badan baharu, Bronze Mica Metallic dengan bumbung hitam juga ditawarkan secara eksklusif bagi varian andalan ini. Selain itu, bumbung hitam berkenaan juga ditawarkan dengan warna badan Super White II.

Fortuner 2.8 VRZ menampilkan lampu depan jenis Quad LED dengan jeriji bercorak jaring di tengah. Unit lampu yang lain juga diberikan sentuhan baharu termasuk rekaan bampar depan dan belakang. Bahagian plat gelincir di depan turut diperkemas bagi menyuntik imej lasak.

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!

Perbezaan lain pada penampilan Fortuner 2.8 VRZ adalah bahagian bumbungnya, tiang A, perumah
cermin sisi dan spoiler yang berwarna hitam. Kedua-dua varian yang ada ini dilengkapi dengan rim aloi 18-inci rekaan baharu.

Ruang kabin Fortuner 2.8 VRZ diberikan rekaan dan warna baharu, termasuklah pada balutan tempat duduknya. Panel instrumen baharu menampilkan Paparan Pelbagai Maklumat (MID) yang diperkemas animasi pemulanya. Pencahayaan suasananya pula memberikan kelainan pada waktu malam, sementara perumah kunci juga diberikan rekaan lain.

Fortuner 2.8 VRZ dan 2.7 SRZ dilengkapi dengan lampu kabin jenis LED, cermin pandang belakang anti-silau dan tempat duduk pemandu serta penumpang depan kini boleh dilaras lapan-hala secara elektrik. Beberapa slot pengecas USB juga disediakan untuk mengecas peranti mudah alih penumpang.

Fortuner dijana oleh unit diesel 1GD-FTV empat-silinder common rail yang menampilkan variable nozzle turbocharger (VNT) dengan intercooler. Enjin 2.8 liternya mampu menghasilkan 204 PS pada 3,000-3,400 rpm dan 500 Nm daya kilas dari 1,600 rpm hingga 2,800 rpm.

JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!

Stereng kuasanya dilengkapi dengan Kawalan Aliran Bolehubah (VFC) yang membantu menjimatkan minyak dengan cara pengurangkan beban daya kilas pada pam. Varian Fortuner 2.8 VRZ, turut dilengkapi dengan mod Sport. Sistem pacuan 4×4 pula menyediakan kemampuan maksimum pada semua permukaan jalan yang boleh diaktifkan dengan tombol.

Bagi meningkatkan kestabilan, ia dilengkapi Kawalan Cengkaman Aktif (A-TRC) selain ciri baharu iaitu Auto Limited Slip Differential (LSD). Model terbaru ini turut dilengkapi dengan Toyota Safety Sense (TSS) yang merangkumi ciri-ciri seperti Sistem Pra-Perlanggaran (PCS), Amaran Penukaran Lorong (LDA) dan Kawalan Jelajah Radar Dinamik (DRCC) dengan fungsi Bantuan Oleng.

Pelanggan boleh juga menambah pilihan ciri yang lain seperti pengecas nirwayar, bukaan pintu belakang dengan gerak kaki, peninjau pada bumbung serta perakam video digital belakang. UMW Toyota Motor menawarkan jaminan lima-tahun tanpa had perbatuan untuk model Fortuner baharu, namun ia tertakluk kepada syarat yang dinyatakan dalam buku manual.

Selain itu, pelanggan juga boleh menikmati jadual penukaran minyak enjin yang lebih lama menerusi Revised Service Package. Jadual penukaran minyak enjinnya dilanjutkan kepada setiap 10,000 km atau enam-bulan (yang mana dahulu), berbanding sebelum ini iaitu setiap 5,000 km/tiga-bulan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an
JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia
JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!
JOM BACA >> PANAS : Saga R3 Limited Edition ke tu?
JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply