ARKIB

KATEGORI

Sukan Permotoran

Toyota Gazoo Racing Festival bakal menghangatkan ‘Pulau Mutiara’ hujung minggu ini

Berita Tempatan

Views

Hujung minggu ini, Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang bakal menjadi litar perlumbaan bagi Pusingan Ketiga Toyota Gazoo Racing Festival yang menyaksikan pelumba dari tiga kategori Vios Challenge akan berentap di litar jalanan yang mencabar.

Perlumbaan pada 15-16 Februari 2020 nanti adalah sangat kritikal dalam menentukan kejuaraan di dalam kategori Super Sporting, Sporting dan Promotional. Ia merupakan perlumbaan terakhir yang dipertandingkan di litar jalanan sebelum acara kemuncak berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang pada April.

Dua perlumbaan pertama Musim Ketiga telah diadakan di litar jalanan Kuala Terengganu dan Bandar Malaysia. Ketua Sukan Permotoran Toyota Gazoo Racing Malaysia, Akio Takeyama berkata, perlumbaan di Pulau Pinang sangat penting sebagai penentu bagi pelumba musim ini. Ia adalah peluang terakhir untuk para pelumba memanfaatkan pengalaman mereka berlumba di litar jalanan sekaligus mendahului kejuaraan.

JOM BACA >> INTIP : Proton X70 2020 (CKD) mula tiba di bilik pameran – Ini apa yang perlu anda tahu

Dalam kelas Super Sporting untuk pelumba profesional, Raja Drift Malaysia, Tengku Djan Ley ketika ini mendahului dengan 36 mata, hanya dibezakan dengan lapan mata dari pelumba Laser Motor, Mark Darwin dan diikuti oleh Kenny Lee dengan satu mata di belakang.

Bagi kategori Sporting, seramai 17 pemandu bakal berentap antaranya pelumba dari pasukan S&D Tama Motorsport dan wartawan automotif Tom Goh sedang mendahului ketika ini dengan 28 mata, hanya dua mata di hadapan Haji Sutan Mustaffa Salihin yang membuat penampilan sulung dalam TGR. Satu mata di belakangnya pula ialah Adam Khalid dari pasukan Crestmax Motorsport, diikuti oleh seorang lagi pendatang baru dan pemandu muda TGR, Bradley Benedict Anthony dengan 22 mata.

Mendahului kategori Promotional untuk selebriti ketika ini ialah pengacara dan pelawak televisyen, Nabil Ahmad yang memiliki kelebihan empat mata di hadapan juara Musim Pertama, Shawn Lee dengan 28 mata. Penyanyi Khai Bahar pula menduduki tempat ketiga. Secara keseluruhannya seramai 10 selebriti tempatan akan memanaskan grid termasuk Diana Danielle, Janna Nick, Shukri Yahaya, Nabila Razali, Wany Hasrita, Ain Edruce dan Syafiq Kyle.

Sementara itu, Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K. berkata, TGR Festival kembali lagi ke Pulau Pinang untuk musim ketiga berturut-turut dengan barisan aktiviti yang menarik untuk dihidangkan kepada pengunjung dan peminat sukan perlumbaan. Katanya, keserononokan TGR Festival tidak hanya terhad kepada aksi-aksi di dalam litar sahaja, tetapi turut disumbangkan juga oleh banyak lagi aktiviti-aktiviti keluarga yang lain.

JOM BACA >> Beberapa model Proton alami kekurangan bekalan komponen akibat Coronavirus – Pengeluaran terpaksa dikurangkan

Antara aktiviti menarik yang bakal dilangusngkan adalah pameran barisan kenderaan terbaru Toyota, persembahan drift, cabaran perlumbaan simulator, permainan pentas, persembahan oleh selebriti, aktiviti-aktiviti promosi, cabutan bertuah, jualan cenderahati serta sesi bertemu peminat bersama selebriti-selebriti kategori Promotional.

Bagi mereka yang gemarkan aktiviti sihat, TGR Festival turut akan membawakan acara larian di dalam litar serta sesi zumba pada hari Ahad. Pendaftaran adalah percuma dengan cenderahati akan diagihkan bagi 500 peserta terawal. Turut dipamerkan nanti ialah kereta GR Supra bagi perlumbaan Super GT sempena dengan Kejuaraan Super GT pusingan Malaysia yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang bulan Julai nanti.

Selain itu, tarikan lain yang turut disediakan ialah pameran sebuah model Toyota KE-10 1968 yang telah direstorasi selengkapnya, pameran kereta retro oleh Art of Speed serta pameran motosikal dan cenderahati Harley-Davidson, Aprilia, Vespa dan Moto Guzzi.

Aktiviti kanak-kanak pula termasuk pertandingan Bey Blade, jualan model kereta Hot Wheels serta pertandingan senapang Nerf. TGR Festival ini akan berlangsung dari 9 pagi Sabtu (15 Februari 2020) hingga Ahad (16 Februari 2020). Masuk adalah percuma!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> KIA Seltos mula dipertontonkan kepada pengedar
JOM BACA >> Projek super moped Modenas dihidupkan kembali?
JOM BACA >> Geely Hao Yue (VX11) bakal jadi SUV ketiga Proton?
JOM BACA >> Bayangan awal model Proton X50 – SUV kompak yang paling dinantikan tahun ini!
JOM BACA >> Proton V70 – Pengganti Exora dijelmakan dalam bentuk 3 dimensi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply