ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota GR Supra dipertingkatkan, kini dengan Apple CarPlay

Berita Tempatan

Views

UMW Toyota hari ini memperkenalkan Toyota GR Supra yang dipertingkatkan dan kini ia didatangkan dengan Apple CarPlay (sambungan wayar). Ciri ini akan melengkapi ciri sedia ada seperti skrin sentuh 8.8-inci dengan kawalan pad sesentuh (touch pad), navigasi binaan dalam serta USB dan Bluetooth.

GR Supra juga dilengkapi dengan sistem JBL HiFi Surround Sound dengan 12-pembesar suara untuk pengalaman audio terbaik. Penambahan ciri terbaharu ini merupakan kemaskini kedua yang dilakukan terhadap GR Supra selepas naik taraf prestasi yang diperkenalkan pada Julai 2020.

Ia melibatkan enjin turbocas enam-silinder sebarisnya yang kini menjana 285 kW (388 PS) kuasa antara 5,800 dan 6,500 rpm, melibatkan pertambahan sebanyak 14 peratus.

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran

Daya kilas maksimumnya kekal 500 Nm, tetapi ia berada di puncak dalam julat yang lebih luas antara 1,800 rpm dan 5,000 rpm berbanding 1,600 rpm hingga 4,500 rpm sebelumnya.

Jurutera Toyota turut meningkatkan janaan kuasa tersebut dengan menala semula dan menambah pancarongga (manifold) ekzos dua cabang dengan enam port (berbanding hanya dua port), yang memperbaiki pengurusan haba enjin.

Rekaan baharu untuk omboh (piston) pula telah mengurangkan nisbah mampatan enjin dari 11:1 kepada 10.2:1.
Ini membolehkan GR Supra yang dilengkapi dengan transmisi automatik 8-kelajuan ini untuk memecut 0-100 km/j dalam masa 4.1 saat, 0.2 saat lebih pantas berbanding sebelumnya.

Selain itu casis GR Supra juga ditala dengan tambahan Performance Rod untuk meningkatkan ketahanannya dan memberikan kestabilan lebih baik ketika di selekoh.

JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala

Menurut Ketua Pegawai Sukan Permotoran Gazoo Racing Malaysia, Akio Takeyama, model GR dibina agar sentiasa berevolusi, tidak hanya dengan tumpuan terhadap prestasi, kemampuan pengendalian dan penggayaan sahaja.

Antara ciri keselamatan pada model ini termasuklah Amaran Perlanggaran Depan, Amaran Penukaran Lorong, Kawalan Jelajah Adaptif (semua kelajuan), Sistem Lampu Tinggi dan Bantuan Penanda Jalan.

Tujuh pilihan warna ditawarkan, iaitu White Metallic, Silver Metallic, Ice Grey Metallic, Black Metallic, Prominence Red, Lightning Yellow dan Matte Storme Grey Metallic.

Harga jualannya pula bermula dari RM589,987 (termasuk 50 peratus pengecualian SST dan tanpa insurans), Tempahan bagi GR Supra yang dikemaskini boleh dibuat menerusi bilik pameran rasmi Toyota GR Garage terpilih seluruh negara.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply