ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota GR Supra Track Edition dan GR Yaris AT tiba di Malaysia – Harga dari RM325,600

Berita Tempatan

Views

UMW Toyota Motor Sdn Bhd terus mengukuhkan barisan model Gazoo Racing (GR) mereka dengan pelancaran GR Supra Track Edition dan GR Yaris yang ditawarkan dengan transmisi 8-kelajuan Direct Automatic Transmission (GAZOO Racing DAT).

Harga bermula dari RM698,000 untuk model GR Supra Track Edition, manakala GR Yaris AT dijual pada harga bermula dari RM325,600.

Pelancaran ini membawakan kejuruteraan sukan permotoran dan keupayaan rali terbukti ke jalan raya harian, menegaskan komitmen Toyota untuk menawarkan pengalaman pemanduan yang mendebarkan dan berfokuskan pemandu.

Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ravindran K., berkata, kedua-dua model ini direka untuk mereka yang mahukan kawalan sepenuhnya, mendambakan adrenalin, dan hidup untuk keseronokan di balik stereng.

GR Supra Track Edition

Ikon utama dalam keluarga GR, GR Supra Track Edition tampil dengan prestasi yang lebih jitu hasil peningkatan pada casis, pengendalian, dan aerodinamik.

Berikut adalah spesifikasi ringkas GR Supra Track Edition:

  • Enjin: 3.0L 6-silinder sebaris turbo
  • Kuasa: 388 PS, 500 Nm daya kilas
  • Transmisi: Manual 6-kelajuan atau Automatik 8-kelajuan dengan paddle shifter
  • Pecutan 0-100 km/j: 4.1 saat (Automatik), 4.3 saat (Manual)

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron

Peningkatan utama termasuk sistem Adaptive Variable Suspension yang ditala semula, Limited Slip Differential dengan pemetaan khas untuk kestabilan maksimum, serta brek Brembo 4-pot dengan cakera hadapan 374mm.

Dari segi aerodinamik, Track Edition mendapat tambahan spat tayar, flap aero, dan spoiler ducktail gentian karbon untuk meningkatkan daya turun (downforce).

Suspensi depan turut dipertingkatkan dengan lengan kawalan yang lebih kukuh dan camber negatif untuk lebih kecekapan selekoh.

Kereta ini dilengkapi dengan rim aloi tempa 19-inci kemasan hitam kusam yang dibalut tayar Michelin Pilot Super Sport.

Ruang kabin dipertingkatkan dengan kemasan Alcantara hitam, sulaman logo GR, tali pinggang merah, serta sistem bunyi 12-pembesar suara JBL dan paparan dongak (head-up) berwarna.

Aspek keselamatan aktif standardnya terdiri daripada Amaran Pra-Perlanggaran, Amaran Keluar Lorong dengan Bantuan Stereng, Kawalan Jelajah Adaptif, Pemantau Titik Buta, dan Bantuan Brek Kecemasan.

GR Yaris AT

Sejak diperkenalkan pada 2021, GR Yaris sudah diiktiraf sebagai jentera rali jalanan. Kini, dengan kemasukan varian automatik, ia menjadi lebih mesra kepada pemandu yang mahukan prestasi tulen dengan kemudahan transmisi pintar.

JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!

Berikut adalah spesifikasi ringkas GR Supra Track Edition:

  • Enjin: 1.6L 3-silinder turbo
  • Kuasa: 300 PS, 400 Nm daya kilas
  • Transmisi: 8-kelajuan GAZOO Racing Direct Automatik
  • Pecutan 0-100 km/j: 5.2 saat

Transmisi baharu ini dibangunkan berdasarkan maklum balas daripada pasukan Toyota GAZOO Racing World Rally Team, menawarkan penukaran gear pantas berdasarkan input pemandu, bukannya tindak balas kenderaan semata-mata.

Sistem penyejukan khas termasuk radiator tambahan, semburan intercooler, dan penyejuk ATF gabungan didatangkan secara standard bagi memastikan prestasi kekal optimum dalam cuaca panas Malaysia.

Tambahan lain termasuk Kawalan Peluncuran untuk pecutan dari pegun dengan cengkaman maksimum, paddle shifter sport, dan program penukaran gear yang sangat responsif untuk rasa pemanduan rali tulen.

Aspek keselamatan diperkukuh dengan Toyota Safety Sense 3.0 yang merangkumi Sistem Pra-Perlanggaran, Radar Kawalan Jelajah, Bantuan Penjejakan Lorong dan mod pemanduan “Expert”.

Kedua-dua model ini kini tersedia di semua pengedar GR Garage seluruh Malaysia, lengkap dengan jaminan 5 tahun tanpa had perbatuan dan sokongan selepas jualan penuh.

Selain itu, pelanggan juga boleh mendapatkan pelbagai aksesori prestasi GR, barangan rasmi, serta servis eksklusif di pusat ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

GR Yaris AT

GR Supra Track Edition

JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply