ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota Harrier serba baharu mula diserahkan

Views

Susulan daripada sesi pra-tonton Toyota Harrier serba baharu yang dilakukan di Malaysia Auto Show 2017 November tahun lalu, UMW Toyota Motor telah menerima banyak tempahan bagi model yang buat pertama kalinya dijual secara rasmi di Malaysia. Unit bagi kumpulan pertama kini sudah mula diserahkan kepada pelanggan yang membuat tempahan awal dengan harga bagi model berkenaan yang bermula dari RM238,000 di Semenanjung Malaysia.

Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K berkata model generasi sebelumnya hanya untuk pasaran domestik Jepun sahaja, namun Toyota Motor Corporation telah mengambil keputusan untuk menawarkannya bagi pasaran di luar Jepun dan Malaysia antara negara yang terawal menjualnya secara rasmi.  Toyota Harrier datang dengan jaminan lima-tahun dan tanpa had perbatuan, termasuk kesediaan stok bagi alat ganti tulen.

Antara ciri-ciri menarik Toyota Harrier serba baru:

  • Gril yang disudutkan untuk tujuan aerodinamik dengan lencana helang khas bagi memberi penekanan terhadap imej agresif dan elegan yang dibawa.
  • Lampu utama, lampu nyalaan siang (DRL), lampu selekoh, lampu kabus serta lampu belakang menggunakan LED.
  • Lampu isyarat di depan menggunakan paparan berturutan (sequential display) untuk lebih memudahkan makluman hasrat pemandu sebelum membelok atau menukar lorong.
  • Harrier 2.0T yang diimport sepenuhnya ini dilengkapi enjin 2.0 liter dengan pengecas turbo.
  • Dua versi ditawarkan — Harrier 2.0T Premium dan Harrier 2.0T Luxury yang dilengkapi aksesori tambahan.
  • Ditawarkan dalam pilihan empat pilihan warna yang menarik.
  • Dilengkapi enjin petrol 8AR-FTS dengan pengecas turbo pusaran berkembar (twin scroll). Enjin ini turut menggunakan penyuntik minyak terus D-4ST dan sistem VVT-iW (Variable Valve Timing-intelligent Wide).
  • Pakej Toyota Safety Sense (TSS) yang terdiri daripada Sistem Pra-Perlanggaran, Kawalan Kruise Adaptif, Sistem Penetap Laluan, Amaran Penukar Laluan dan Sistem Lampu Tinggi Adaptif.
  • Ciri-ciri keselamatan lain yang turut disertakan ialah seperti Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC) dan Kawalan Cengkaman (TC), Kawalan Bantuan Mula Mendaki (HAC), Lampu Isyarat Kecemasan, Brek Parkir Elektronik + Brek Pegun Auto serta sensor parkir dengan kamera undur dan tujuh beg udara SRS (depan, sisi, tirai dan lutut).

Untuk maklumat lanjut berkaitan Toyota Harrier serba baharu, layari laman web Toyota di toyota.com.my.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply