ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota Hilux 2016, Lebih ‘Tough’ , Lebih Selesa

Views

Artikel oleh : Shamsul Yunos

• Kotak Casis lebih besar, lebih ‘tough’
• Casis besar lebih berkesan menyerap gegaran frekuensi tinggi
• Hasilnya pemanduan lebih selesa
• Rekabentuk dan ciri lebih model termasuk Active Traction Control

Macamlah Toyota Hilux yang sekarang tak cukup ‘tough’, tetapi Toyota tetap membuat satu peningkatan spesifikasi yang menjadikannya lebih lasak dan lebih selamat dengan menggunakan kotak casis yang lebih besar. Dalam dunia Toyota, casis kenderaan pacuan empat roda lasak dibahagikan kepada tiga kategori, F1 untuk yang paling ganas seperti Land Cruiser 200, F2 pula untuk model Prado dan F3 untuk Hilux dan Fortuner.

Kali ini Toyota mengambil keputusan untuk meningkatkan spesifikasi casis Hilux dan Fortuner kepada F2 dan secara langsungnya ini menjadikan kenderaan pikap dan SUV popular ini lebih lasak. Tapi yang anehnya, menurut Ketua Jurutera Eksekutif projek Hilux, Hiroki Nakajima, keputusan untuk menggunakan casis F2 bukan bertujuan untuk menjadikannya lebih lasak, tetapi untuk memberi keselesaan tambahan kepada penumpang.

“Sudah tentu kotak casis yang lebih besar menjadikan Hilux lebih kukuh dan lasaknamun tujuan kami menggunakan spesifikasi yang lebih tinggi ialah untuk membolehkan casis menyerap gegaran frekuensi tinggi dengan lebih berkesan. “Casis yang kukuh dan boleh menyerap gegaran ini membolehkan jurutera sistem gantungan kami menala lebih keselesaan untuk penumpang walaupun Hilux terus menggunakan spring daun di belakang.”

“Kami yakin tahap keselesaan Hilux kini lebih menghampiri apa yang ditawarkan oleh kenderaan jenis SUV,” katanya. Kelebihan yang sama juga telah diberikan kepada model Fortuner yang berkongsi casis dengan Hilux, kedua-dua model ini adalah sebahagian dari rangkaian produk IMV yang diperkenalkan lebih sepuluh tahun lalu.

Produk IMV disasarkan kepada pasaran membangun yang mahukan kenderaan yang memberikan nilai tinggi dan lasak digunakan setiap hari. Model Hilux menguasai pasaran segmen pikap dengan menjana 52% angka jualan dan ianya dijangka akan dapat menandingi kejayaan model yang sebelum ini.

13214402_10153429275182105_592380202_o

Menurut Presiden UMW Toyota, Datuk Ismet Suki, mereka menjangka dapat menjual 27,000 unit Hilux dan 14,000 unit Fortuner dalam tempoh tahun ini dan setakat ini sudahpun menerima 3,000 tempahan untuk pikap popular Toyota tersebut. Hilux serba baharu didatangkan dalam 6 varian menerusi konfigurasi Double Cab dan Single Cab dengan dua pilihan jentera enjin: 2.4 liter dan 2.8 liter.

Harga atas jalan bermula daripada RM89,900 di Semenanjung Malaysia (sila rujuk lampiran senarai harga). Fortuner baharu juga didatangkan dalam dua varian dengan harga bermula RM189,900 untuk Semenanjung Malaysia (sila rujuk lampiran senarai harga). Pelanggan mempunyai pilihan sama ada enjin 2.4 liter turbodiesel yang baharu dibangunkan atau enjin 2.7 liter petrol yang telah terbukti.

Satu daripada ciri utama generasi baharu Hilux ialah siri enjin baharu Global Diesel (GD) dengan versi 2.8 liter dan 2.4 liter. Objektif utama dalam pembangunan siri enjin baharu ini ialah menyediakan kuasa kilas akhiran rendah yang bertenaga, respon yang lebih baik untuk pecutan, keupayaan lebih baik di bawah keadaan paling ekstrem dan, tentunya, kecekapan bahan api yang ditambah baik.

Walaupun mereka memiliki saiz enjin lebih kecil berbanding enjin sebelum ini, output (kuasa enjin dan kuasa kilas) adalah lebih tinggi, yang semuanya dicapai menerusi teknologi baharu yang digunakan. Semua enjin kini dilengkapi dengan transmisi manual 6-kelajuan atau transmisi automatik yang diuruskan secara elektronik.

Dengan nisbah tambahan bagi agihan lebih luas, pecutan lebih tinggi akan dapat dicapai pada akhiran rendah manakala semasa kelajuan tinggi, bunyi dapat direndahkan selain menawarkan penjimatan bahan api. Satu lagi ciri utama generasi baharu ini ialah casis yang lebih kuat selain kerangka badan. Misalnya, kerangka badan bagi Hilux baharu mempunyai 45% lebih lagi titik impalan bagi menambah baik ketegaran badan.

13112686_10153429279032105_2009887776_o

Plat besi tegangan tinggi juga digunakan pada bahagian atas dan bawah badan bagi menambah baik kekuatan dan keselamatan tetapi tanpa menambah beratnya. Bagi Fortuner, perubahan dalam reka bentuk adalah agak mengagumkan kerana model itu kini memiliki penampilan lebih premium. Memandangkan penggunaan lebih tinggi di lebuh raya dan juga pemecutan, prestasi aerodinamik juga telah diberi penekanan.

Ia bukan sahaja membantu memberikan lebih kestabilan pada kelajuan tinggi tetapi juga mengurangkan bunyi angin. Sebagaimana ada pada kebanyakan SUV premium hari ini, Fortuner baharu menggunakan Sistem Nyala Tekan dan Masuk Pintar. Selain itu, satu ciri yang pasti menggembirakan pemilik ialah pintu kuasa belakang Fortuner 2.7 SRZ yang membolehkan pintu belakang dibuka dan ditutup hanya dengan sentuhan butang.

Ciri ini lazimnya hanya terdapat pada model SUV yang lebih mahal. Sekiranya berlaku kemalangan, penumpang wajar mendapat perlindungan terbaik daripada kecederaan. Atas faktor ini, Hilux dan Fortuner baharu didatangkan dengan banyak ciri keselamatan Aktif dan Pasif yang sama seperti yang ditawarkan dalam kenderaan penumpang.

13199421_10153429279217105_1423384340_o

Misalnya, ABS adalah ciri standard pada semua varian Hilux dan Fortuner bersama dengan tiga beg udara SRS hadapan (beg udara ketiga ialah pada lutut pemandu) dan tali pinggang keledar yang secara automatik menarik tali pada tiga (3) titik bagi setiap penumpang. Untuk varian tertinggi kedua-dua model, terdapat empat (4) beg udara tambahan pada luaran kerusi hadapan dan pada tingkap menjadikan kesemuanya tujuh (7) beg udara (menjadikan Hilux pertama dalam kelasnya dengan bilangan beg udara sebanyak ini).

Ciri baharu ialah Active Traction Control (A-TRC) yang menyerupai fungsi limited-slip differential (LSD) untuk memaksimumkan cengkaman semasa memandu di permukaan mencabar. Ini akan memberi tambahan keyakinan kepada pemandu untuk memberi tumpuan kepada pemanduan berbanding kebimbangan kereta tersangkut.

Seperti model terbaharu lain yang ditawarkan oleh UMW Toyota Motor sejak 1 April 2016, model Hilux dan Fortuner baharu ini didatangkan dengan waranti lima (5) tahun, tertakluk kepada terma dan syarat. Waranti yang disokong penuh itu boleh dipindahkan kepada pemilik lain jika tempoh warantinya masih laku semasa dijual.

KLIK UNTUK BESARKAN FOTO

Toyota Hilux

13224325_10153429271392105_347980061_o 13223418_10153429270907105_1596582592_o 13211189_10153429270322105_766301151_o 13199435_10153429272507105_876186840_o 13199270_10153429272287105_837759259_o 13169848_10153429270132105_899165418_o 13184644_10153429270657105_289645430_o 13184690_10153429272032105_930946016_o 13198975_10153429271647105_2118253090_o 13223701_10153429275252105_657827797_o 13199026_10153429275212105_2124938367_o 13199025_10153429275217105_948474265_o 13219912_10153429275452105_300936570_n 13214889_10153429275177105_165852269_o 13187847_10153429275197105_1007975512_n 13183185_10153429275287105_1627530919_n 13214427_10153429275192105_303696581_o 13214402_10153429275182105_592380202_o 13180903_10153429275207105_1836040392_n

Toyota Fortuner

13223636_10153429273462105_1319924556_o 13170051_10153429273347105_1510189909_o 13170700_10153429273127105_804674279_o 13184565_10153429273842105_2119678468_o 13211082_10153429273737105_939141989_o 13214695_10153429274007105_1864472716_o  13112686_10153429279032105_2009887776_o 13170051_10153429279007105_1103022221_o 13170570_10153429279167105_166541409_o 13170784_10153429279207105_1173288842_o 13184636_10153429279397105_1043892633_o 13199380_10153429279142105_655903184_o 13199421_10153429279217105_1423384340_o 13199488_10153429279047105_1623037198_o 13210948_10153429279477105_1096501183_o 13214419_10153429279462105_1026676836_o 13214816_10153429279457105_1902952742_o 13214852_10153429279162105_2056880667_o 13214880_10153429279157105_111014891_o 13223464_10153429279067105_957099485_o 13223519_10153429279427105_2028487693_o 13223573_10153429279182105_569419597_o

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment


  • syarikat paling kedekut VSC and Airbags…… bunyi hujan dengar mcm zinc.. adui.. berubah la toyota.. Honda da no 1 tu…

    P/S : Ranger lg lawa dari Hilux

Leave a Reply