ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota Hilux dan BMW R1250 GS perkasakan lagi aset PDRM

Berita Tempatan

Views

Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam telah menerima beberapa lagi aset baharu yang bakal memperkasakan lagi jabatan tersebut. Selain daripada kereta peronda (MPV) baharu dari model Honda Civic 1.8 dan juga Proton X70 1.8 bagi tugasan rondaan, dua lagi aset baharu iaitu kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux dan motosikal BMW R1250 GS telah pun diterima.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

Menurut laman Facebook Jabatan Logistik dan Teknologi Polis Diraja Malaysia, pihaknya telah melakukan pemantauan pemeriksaan dan penerimaan (Task Force) sebanyak 39 buah kenderaan 4×4 Toyota Hilux 2.8 Black Edition bagi kegunaan Cawangan K9, Jabatan Siasatan Jenayah dan 24 buah motosikal BMW R1250 GS bagi tujuan penambahbaikan penugasan Unit Tindak Khas (UTK).

JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi

Task force yang telah dilaksanakan di Depoh Simpanan Kenderaan (DSK) semalam turut di sertai oleh YDH CP Datuk Seri Haji Mazlan Bin Lazim, Pengarah Jabatan Logiastik dan Teknologi (JLog) IPP PDRM Bukit Aman diiringi YDH SAC Adnan Bin Ahmad – KPP Cawangan Pengangkutan, Jabatan Logistik Dan Teknologi (JLog).

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Jabatan Logistik dan Teknologi Polis Diraja Malaysia

JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers
JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…
JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply