ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota lancar Roomy dan Tank di Jepun

Views

Peminat kereta Jepun (JDM) buat masa ini hanya boleh melihat model baharu Toyota Roomy dan Tank yang baharu sahaja dilancarkan, khusus untuk pasaran negara matahari terbit itu. Kedua-dua model ini dijana oleh enjin kecil berkapasiti 1.0-liter turbocharged tiga-silinder yang mampu mengerahkan 140 Nm tork, yang kuasanya dikatakan hampir menyamai enjin berkapasiti 1.5-liter. Ia dipadankan dengan transmisi CVT dan boleh digabungkan bersama pilihan pacuan roda-depan atau pacuan semua-roda.

Toyota membangunkan Roomy dan Tank dengan memberi penumpuan kepada keselesaan penumpang. Antara ciri ciri utama ruang dalamannya termasuklah tempat duduk belakang yang boleh digerak ke depan sehingga 240 mm, untuk memudahkan empat beg pakaian dimuatkan ke dalam ruang kargo dan pada masa yang sama juga membawa lima penunpang.

Selain itu, tempat duduk belakangnya juga boleh bersandar sehingga 70 darjah untuk memberi penumpang ruang untuk tidur dan laluan di tempat duduk hadapan yang membolehkan penumpang keluar masuk ke tempat duduk belakang dengan lebih mudah. Roomy dan Tank juga dilengkapi tong sampah boleh tanggal yang boleh memuatkan sehingga 5-liter, paparan skrin TFT warna bersaiz 4.2-inci dan pelbagai kemudahan ruang penyimpanan.

Walaupun bersaiz kecil, Roomy dan Tank dilengkapi dengan ciri ciri keselamatan canggih yang mempunyai lima fungsi utama. Antaranya ialah sistem mengelak perlanggaran dengan bantuan brek, fungsi amaran garis sisihan, komponen kawalan sengaja-mula untuk bergerak ke hadapan dan ke belakang, amaran perlanggaran dengan kenderaan lain dan pejalan kaki dan sistem yang memberitahu kepada pemandu, kenderaan di hadapannya telah mula bergerak. Harga bagi kedua-dua model ini adalah antara 1.46 juta yen (RM58,900) dan 2.008 juta yen (RM113,000) seunit. Agak mahal juga harga yang diletakkan pada model sekecil ini kan?

KLIK UNTUK BESARKAN

toyota-roomy-and-tank-2 toyota-roomy-and-tank-3 toyota-roomy-and-tank-4 toyota-roomy-and-tank-6 toyota-roomy-and-tank-7 toyota-roomy-and-tank-8 toyota-roomy-and-tank-29 toyota-roomy-and-tank-30 toyota-roomy-and-tank-31 toyota-roomy-and-tank-34 toyota-roomy-and-tank-35 toyota-roomy-and-tank-36 toyota-roomy-and-tank-37 toyota-roomy-and-tank-38 toyota-roomy-and-tank-52 toyota-roomy-and-tank-56 toyota-roomy-and-tank-61 toyota-roomy-and-tank-67 toyota-roomy-and-tank-71 toyota-roomy-and-tank-73 toyota-roomy-and-tank-74 toyota-roomy-and-tank-75 toyota-roomy-and-tank-78

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply