ARKIB

KATEGORI

BuletinSpyshots

Toyota lancar Yaris ATIV di Thailand 15 Ogos ini!

Views

Setelah diasak hebat oleh Honda, Toyota bakal memperkenalkan senjata terbaharu mereka, sebuah sedan kompak yang dinamakan Yaris ATIV untuk pasaran Thailand pada 15 Ogos ini. Beberapa foto telah mula tertiris di laman sesawang Headlightmag dan model ini bakal berada dalam segmen lebih rendah berbanding dengan Vios. Di Thailand, lawan sebenar model ini adalah Honda Brio Amaze, namun jika Toyota Malaysia berhajat untuk membawanya masuk ke sini ia bakal menghadapi saingan kuat dengan Proton Saga, Perodua Bezza dan Mitsubishi Attrage.

Sedikit informasi mengenai Toyota Yaris ATIV:

  • Dibina dari pelantar Toyota Vios (model semasa), bukan dari pelantar TGNA.
  • Dijana oleh enjin petrol 1.2-liter Dual VVT-i yang digandingkan bersama transmisi Super CVT-i dengan Shift Lock.
  • Tujuh beg udara.
  • Dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan seperti ABS dengan EBD, Kawalan Cengkaman dan Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC).

Adakah Toyota Yaris ATIV akan dibawa masuk ke pasaran Malaysia nanti? Ini antara persoalan yang sedang bermain di fikiran kami kerana jualan kenderaan Toyota di sini sedang mengalami penurunan. Yaris ATIV dilihat sebagai calon yang paling sesuai untuk memulihkan keadaan tersebut kerana harga jualannya pasti akan jauh lebih murah berbanding dengan Vios. Namun Yaris ATIV juga boleh menambahkan lagi penderitaan kepada Vios yang takhtanya kini telah dirampas oleh Honda City.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply