ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota Land Cruiser 300 sertai armada Polis Dubai dan Abu Dhabi

Berita Global

Views

Model SUV yang baharu sahaja dilancarkan beberapa minggu lalu, Toyota Land Cruiser siri 300 secara rasminya menyertai armada kenderaan pasukan Polis Dubai dan Abu Dhabi.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Seperti yang kita sedia maklum, Polis Dubai sememangnya mewah dengan koleksi kenderaan ‘kluster kayangan’, antaranya Bugatti Veyron, Ferrari FF, Mercedes-Benz SLS-AMG, Bentley Continental GT, Porsche Panamera, Mercedes-Benz/Brabus G700 dan Lykan Hypersport.

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

Malah pada bulan lalu, mereka baharu sahaja ‘merekrut’ model SUV, Genesis GV80 ke dalam armada pasukan. Minggu lalu, Polis Dubai telah menerbangkan supercar Mercedes-Benz SLS AMG milik mereka ke Itali untuk menyertai perlumbaan Mille Miglia.

Upacara penyerahan Toyota Land Cruiser 300 yang dianjurkan oleh Al-Futtaim Toyota itu berlangsung cukup meriah dan malam tersebut diserikan lagi dengan persembahan bunga api. Pada malam itu juga, 50 pemilik terawal SUV berkenaan turut diraikan sebagai tetamu jemputan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply