ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota Malaysia buka gelanggang 2021 dengan iklan acah Innova facelift

Berita Tempatan

Views

Baru sahaja empat hari kita berada di tahun 2021, ‘perang model baharu kereta’ sudah bermula di laman sosial. Sejak semalam laman Facebook rasmi Toyota Malaysia telah membuka gelanggang dengan menyiarkan iklan acah dua model baharu mereka, salah satunya adalah Innova facelift.

JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!

Versi yang dikemaskini itu bakal menampilkan gaya rekabentuk yang lebih segar serta penambahbaikan pada beberapa ciri. Apa yang pasti, jika merujuk kepada iklan acah ini, kita akan turut menerima varian yang lebih sporty, iaitu Venturer sama seperti di Indonesia.

JOM BACA >> PANAS : Saga R3 Limited Edition ke tu?

Innova facelift juga masih mengekalkan reka bentuk kabin dengan beberapa peningkatan mengikut varian. Besar kemungkinan untuk pasaran tempatan, model ini akan dijangka bakal dilengkapi dengan enjin petrol 1TR-FE 2.0 liter empat silinder yang digandingkan bersama pilihan transmisi 5-kelajuan manual atau 6-kelajuan automatik.

Kombinasi ini mampu menghasilkan kuasa sebanyak 139 PS dan daya kilas maksima 183 Nm. Di Indonesia, model ini turut ditawarkan dengan pilihan enjin turbodiesel 2GD-FTV 2.4 liter empat-silinder. Anda boleh mendaftarkan minat di pautan ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Innova facelift.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50
JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios
JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021
JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!
JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply