ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota Malaysia mula siar iklan acah Vios facelift

Berita Tempatan

Views

Rupa-rupanya bukan model Yaris facelift sahaja yang akan diperkenalkan tidak lama lagi. Kira-kira sejam yang lalu, laman Facebook rasmi Toyota Malaysia telah mula menyiarkan iklan acah model Vios facelift dan mereka yang berminat dengan model sedan ini boleh menyatakan minat mereka menerusi pautan ini.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

Nampaknya Toyota Malaysia tidak boleh lagi berdiam diri kerana Vios kini diasak hebat dengan kemunculan seteru utama mereka dalam sedan segmen-B iaitu Honda City dan juga Nissan Almera Turbo.  Vios facelift berkongsi paras rupa yang sama dengan versi hatchbacknya Yaris, yang berbeza cuma kemasan pada jejaring bampar yang menggunakan bentuk jalur. Kami menjangkakan Toyota Malaysia akan turut menawarkan 3 pilihan varian, bermula dari varian J, E dan G.

JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi

Buat masa ini spesifikasi lebih terperinci masih belum didedahkan dan seperti Yaris facelift bersar kemungkinan ia akan dilengkapi dengan sistem bantuan pemanduan Toyota Safety Sense yang merangkumi sistem pra-perlanggaran (PCS) dan amaran tukar lorong (LDA). Nantikan info selanjutnya dari semasa ke semasa.

KLIK UNTUK BESARKAN

Toyota Yaris facelift

JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers
JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…
JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply