ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota Mirai catat rekod dunia – Perjalanan sejauh 1,360 km guna setangki penuh hidrogen je!

Berita Global

Views

Toyota Mirai telah berjaya menerima pengiktirafan daripada Guinness World Record sebagai kenderaan elektrik sel bahan bakar hidrogen dengan jarak terpanjang tanpa memerlukan pengisian semula.

Model tersebut berjaya menempuh jarak perjalanan sejauh 845 batu (1,360 km) mengelilingi selatan California pada bulan Ogos.

Michael Empric yang bertindak selaku pengadil telah mengesahkan bahawa tangki bahan bakar Mirai tidak pernah dibuka semasa pemanduan, yang berlangsung selama dua hari, pada 23 hingga 24 Ogos.

JOM BACA >> Bukan prop filem pulak dah… sebenarnya untuk uji nilai kenderaan pengiring

Menurut Toyota, tangki itu hanya diisi sekali, sebelum jelajah tersebut bermula dan ia hanya mengambil masa selama lima minit.

Perjalanan bermula di Pusat Teknikal Toyota di Gardena, California dengan hypermiler profesional Wayne Gerdes bertindak selaku pemandu yang ditemani pembantunya Bob Winger yang duduk di tempat duduk penumpang.

Pada hari pertama mereka telah memandu sejauh 473 batu (761 km) menuju ke selatan ke San Ysidro, kemudian kembali ke utara melalui Santa Monica dan Malibu di sepanjang Lebuhraya Pantai Pasifik sebelum pulang ke Gardena.

JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao

Pada hari kedua, perjalan mereka melalui jalan raya yang sibuk di San Diego antara Los Angeles dan Orange County. Mereka kemudiannya kembali semula ke TTC Gardena setelah memandu sejauh 372 batu (598 km).

Setelah dua hari memandu, mereka berjaya mencapai tahap kecekapan 152 MPGe. Sebagai rujukan, Tesla Model 3 Standard Range Plus RWD, pernah diiktiraf sebagai kereta EPA paling cekap dengan 142 MPGe.

Mirai menggunakan 5,65 kg (12,45 lbs) hidrogen dan langsung tidak melepaskan CO2, meskipun ia menghasilkan sedikit air.

Toyota menganggarkan sebuah kereta standard akan mengeluarkan sekitar 664 lbs (301 kg) CO2 dalam jarak yang sama.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton
JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply