ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota Prius 2023 buat debut sulung di Eropah, PHEV dengan 220 kuasa kuda

Berita Global

Views

Generasi kelima Toyota Prius membuat penampilan sulungnya di Eropah, beberapa jam sebelum ia membuat kemunculan rasminya di Amerika Syarikat.

Untuk pasaran Eropah, Prius 2023 hanya ditawarkan sebagai model hibrid plug-in. Ia dikuasakan oleh enjin 2.0-liter empat silinder dengan jumlah output sebanyak 220 kuasa kuda.

Ini bermakna, ada peningkatan 99 kuasa kuda berbanding dengan model sebelumnya yang dijana enjin 1.8-liter empat silinder (121 kuasa kuda).

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Prius 2023 di Eropah menggunakan bateri 13.6 kWj berbanding hanya 8.8 kWj pada model terdahulu. Pek bateri tersebut terletak di bawah tempat duduk belakang. Menurut Toyota, ia mempunyai jarak tempuh 50 peratus lebih baik berbanding generasi semasa.

Model ini juga ditawarkan dengan pilihan panel bumbung solar, namun tidak dinyatakan sama ada sistem ini mampu meningkatkan lagi jarak tempuh kenderaan tersebut atau tidak.

Dari segi reka bentuk, ia kelihatan seperti model sebelumnya tetapi dengan gaya yang lebih segar. Lengkung bahagian bumbungnya kiri lebih curam ke belakang dan ia kelihatan seperti sebuah coupe.

Prius 2023 lebih rendah 50 mm, manakala jarak antara rodanya turut bertambah sebanyak 50 mm. Panjang keseluruhannya kini lebih pendek, sebanyak 46 mm, manakala lebarnya kini bertambah sebanyak 22 mm.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Di dalam kabin, Prius 2023 mengguna pakai bahasa penggayaan “Island Architecture” yang merangkumi “persekitaran,” “modul pemandu” dan “panel instrumen gaya terapung.”

Sekilas pandang, ia mirip dengan susun atur papan pemuka model crossover bZ4X kerana paparan kelompok meter diposisikan jauh sedikit di belakang stereng.

Konsol tengahnya seperti lazimnya dihiasi dengan paparan unit infohibur yang terapung, manakala butang kawalan fizikal diletakkan pada penjuru bawah sebelah kanan skrin bersaiz besar tersebut.

Ia kemudiannya dipisahkan dengan bolong udara yang agak leper dan di bawahnya pula kelihatan unit kawalan pendingin hawa jenis digital.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply