ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota RAV4 gagal ujian Moose

Berita Global

Views
The new Toyota RAV4 fails the moose test

RAV4 generasi baharu menjadi model Toyota kedua selepas Hilux yang gagal dua kali dalam ujian Moose yang dilakukan oleh syarikat penerbitan dari Sweden, Teknikens Värld. Video yang telah dimuat naik ke laman YouTube rasmi media tersebut sejak 12 September 2019 itu telah menerima sebanyak 1,628,000 tontonan.

JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Proton X50 dengan meter analog berjaya diintai!

Menurut pengacara dalam sesi ujian tersebut, Linus Pröjtz, RAV4 menunjukkan prestasi yang sangat teruk dan menurutnya SUV itu terasa melantun sekali gus menjadikan kenderaan tersebut sukar untuk dikawal. Tambahnya, pada kelajuan 67/68 km/j, mereka telah menguji dua unit RAV4 yang berbeza dengan spesisifikasi sama, namun ia langsung tidak menunjukkan sebarang perubahan.

JOM BACA >> Betul ke kena tekan butang hidup enjin 3 kali kalau takut enjin cepat rosak?

Selain itu, Teknikens Värld turut membandingkan prestasi RAV4 dengan beberapa SUV lain yang pernah diuji sebelum itu, seperti Nissan Qashqai dan KIA Sorento. Linus Pröjtz turut memberi pesanan kepada Toyota untuk memberi lebih fokus kepada isu berkenaan kerana beliau tidak mahu model tersebut mengulangi kegagalan Hilux, dua kali sebelum ini.

Akhirnya, dalam ujian kali kedua yang disiarkan pada 29 Januari 2020, RAV4 telah menunjukkan prestasi yang lebih baik setelah Toyota mengemaskini sistem Kawalan Kestabilan Elektroniknya. Anda boleh menonton ujian tersebut di bawah.

Toyota RAV4 handles the moose test after an update

Pada kami, tidak semestinya gagal ujian Moose menjadikan model RAV4 sebuah model yang tidak bagus. Cuma Toyota perlu bekerja lebih keras untuk memastikan pengendalian kereta keluaran mereka lebih baik lagi di masa hadapan. Kami juga ada melakukan pandu uji singkat model ini semalam, anda boleh menonton videonya di bawah.

Apa pendapat anda?

Pandu uji pertama Toyota RAV4, Ciri, prestasi dan rekabentuk mantap, sanggup ke dengan harga tu?

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Teknikens Värld dan Toyota Malaysia

JOM BACA >> Kereta CKD dikecualikan Cukai Jualan, 50 peratus bagi kereta import mulai 15 Jun hingga 31 Disember 2020
JOM BACA >> Gobek Api – Ciptaan Melayu lama pencetus kepada teknologi enjin terkini
JOM BACA >> INTIP : Honda City Hatchback mula turun ke jalan raya
JOM BACA >> Proton X70 2020 kini dengan Pembersih Udara Pintar
JOM BACA >> Satria Neo X : Model ikonik Proton berubah menjadi crossover kompak dua pintu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply