ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota Rush baharu bakal dilancarkan 18 Oktober ini?

Views

Beberapa jam yang lalu, laman Facebook rasmi Toyota Malaysia telah memuat naik satu hantaran yang memaparkan iklan acah model SUV terbaharu mereka, Toyota Rush serba baharu yang bakal diperkenalkan 18 Oktober ini. Namun yang menjadi persoalan buat masa ini, adakah tarikh yang dinyatakan tersebut merupakan tarikh pelancaran rasmi atau hanya tarikh pembukaan tempahan model tersebut.

JOM BACA >> Ford Ranger baharu bakal dilancarkan tidak lama lagi – Ranger Raptor dan Ranger XLT+ buat pertama kali diperkenalkan

Toyota Rush serba baharu ini sebenarnya turut mempunyai saudara kembarnya di Indonesia, iaitu Daihatsu Terios dan bakal mempunyai satu lagi kembar di Malaysia iaitu SUV baharu Perodua (D38L) yang mungkin dilancarkan pada penghujung tahun ini. SUV tujuh tempat duduk ini dijana oleh enjin 1.5 liter Dual VVT-i berkuasa 105 hp dan 140 Nm tork dengan pacuan roda belakang yang gandingkan dengan pilihan transmisi manual 5-kelajuan atau automatik 4-kelajuan.

Ia turut dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan terkini seperti enam beg udara, ABS, EBD, Kawalan Kestabilan dan Bantuan Mula Mendaki. Toyota Rush dan Daihatsu Terios telah dilancarkan di Indonesia pada awal Januari tahun ini. Nantikan kemunculannya!

JOM BACA >> Sultan Johor pandu uji Proton X70

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply