ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota siar iklan acah baharu Tundra 2022 – Perlihatkan bumbung purnama besar dan tingkap belakang yang boleh diturunkan

Berita Global

Views

Toyota terus menyiarkan siri iklan acah, trak pikap Tundra 2022 yang bakal dilancarkan pada musim luruh nanti. Terbaharu, gergasi automotif Jepun itu menyiarkan video baharu ruang kabinnya dan ia bakal dilengkapi dengan tingkap belakang yang boleh diturunkan ke bawah, seperti tingkap di bahgaian penumpang.

Selain itu, kita dapat melihat bumbung purnama bersaiz besar serta tempat duduk kemasan kulit berwarna merah atau SofTex yang sedondon dengan dengan tali pinggang keledar. Kita juga boleh melihat siling yang berlekuk bagi memaksimakan ruang kepada untuk penumpang tempat duduk belakang.

8 Kereta Sport Toyota Yang Power - Sembang Engear

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Kelihatan juga pembesar suara dan mikrofon yang terbenam pada bahagian siling trak pikap itu. Video acah terbaharu ini adalah kesinambungan dari iklan acah sebelumnya, yang memaparkan unit infohiburan dengan skrin lebar bersama stereng  dengan kemasan kulit berongga dan jejalur merah di bahagian tengahnya.

Antara lain yang diberikan perhatian termasuklah konsol di bahagian atas dan cermin pandang belakang dengan HomeLink. Toyota turut menyiarkan foto rasmi Tundra TRD Pro yang dilengkapi dengan jeriji besar dan lampu jalur LED. Ia turut menampilkan lampu depan LED, fender yang ‘lebih sado’ dan beltline yang dinamik.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Tundra TRD Pro turut menampilkan tiang-A yang dicat hitam, rel batu dan roda TRD kemasan hitam dengan tayar tebal. Buat masa ini Toyota masih ‘mengunci mulut’ mengenai spesifikasinya, namun difahamkan ia akan dilengkapi dengan dua pilihan enjin baharu.

Varian aras mula dikhabarkan akan lebih berkuasa dan mempunyai lebih daya kilas berbanding enjin 5.7-liter V8 pada model semasa yang menghasilkan 381 kuasa kuda dan 544 Nm daya kilas. Berkemungkinan, ia bakal menggunakan ‘jantung’ Land Cruiser, iaitu enjin 3.5-liter turbo-berkembar V6 yang menjana 409 kuasa kuda dan 650 Nm daya kilas.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply