ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota Thailand siar video acah pertama Yaris ATIV@Vios (D92A), bakal dilancar 9 Ogos ini!

Berita Global

Views

Buat pertama kalinya, Toyota Thailand menyiarkan video acah pertama Yaris ATIV@Vios (D92A) dan turut mengumumkan pelancaran rasminya pada 9 Ogos 2022.

Dalam artikel terdahulu, kelibat unit ujian model generasi baharu Toyota Yaris ATIV atau Vios pada ketika ini sedang menjalani ujian jalan raya di Thailand.

Yaris ATIV@Vios (D92A) dibangunkan dari pelantar Daihatsu New Global Architecture (DNGA) bakal ditawarkan dengan dua pilihan enjin, 1.2 liter petrol aspirasi alami (NA) (3NR-FKE) dari model semasa yang disambungkan dengan transmisi automatik Super CVT-i.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Selain itu, ia turut ditawarkan dengan pilihan trenkuasa, hibrid 1.5 liter (M15A-FXE) yang kini digunakan pada model Toyota Aqua / Yaris versi Jepun. Enjin ini digandingkan bersama transmisi automatik e-CVT dengan pacuan roda hadapan.

Gaya reka bentuk Yaris ATIV@Vios (D92A) banyak dipengaruhi oleh model Daihatsu DN F-Sedan Concept yang membuat kemunculan semasa Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) pada 2017.

Jika dilihat dari video acah yang disiarkan, ia menampilkan reka bentuk ala ‘fastback‘ dengan bumbung belakang yang sedikit melengkung dan curam. Wajah hadapannya mirip model Camry dengan jeriji besar yang digabungkan dengan gaya reka bentuk Toyota yang terkini.

Reka bentuk belakangnya sekilas pandang persis seteru terkuatnya, Honda City dengan sepasang lampu jenis LED melintang. Video acah berdurasi 15 ssat ini turut menampilkan imbasan ruang kabin yang nampak elegan dengan gaya rekaan moden yang minimalis.

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

Kemasan dalaman kombinasi hitam dan merah menyerlahkan ‘semangat kesukanannya’ dan susun atur papan pemuka yang kemas dengan bahan sentuh lembut pada papan pemuka serta skrin infohibur jenis terapung sememangnya dari luar kebiasaan Toyota bagi model segmen-B, seperti Yaris ATIV@Vios.

Dari aspek keselamatan pula, semua varian Yaris ATIV@Vios (D92A) bakal dilengkapi dengan sistem bantuan pemanduan yang ada pada model semasa, seperti:

  • Brek anti-kunci (ABS)
  • Agihan daya brek (EBD)
  • Bantuan brek BA
  • Kawalan kestabilan kenderaan
  • Sistem kawalan cengkaman anti-gelincir
  • Bantuan mula mendaki
  • Amaran perlanggaran hadapan
  • Bantuan keluar lorong
  • 7 beg udara (bahagian hadapan,tirai dan lutut)

Nantikan kemunculannya!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply