ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota TopMark tambah lima lagi outlet

Views

Rangkaian Toyota TopMark kini semakin berkembang untuk menawarkan kereta Toyota dan Toyota Hibrid terpakai yang terkini dan disahkan di beberapa kawasan di Malaysia. Ini berjaya dicapai menerusi kolaborasi dengan empat pengedar sah Toyota dari UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT). Empat pengedar tersebut adalah:

  1. UMW Toyotsu Motors Sdn Bhd (Shah Alam dan Rawang, Selangor)
  2. Panglima City Motor Sdn Bhd (Klang, Selangor)
  3. ES Yang Motor Sdn Bhd (Muar, Johor)
  4. Telagamas Motors Sdn Bhd (Kulim, Kedah)

Kesemua pengedar ini telah menandatangani perjanjian dengan UMWT bagi membolehkan mereka menjadi pengedar Toyota TopMark sepenuhnya. Secara keseluruhan, lima pengedar tambahan Toyota TopMark akan beroperasi mulai Januari 2018 (UMW Toyotsu Motors bakal mempunyai dua pengedar di Shah Alam dan Rawang).

Sebagai pengedar Toyota TopMark, mereka boleh menerima kenderaan dari mana-mana pengeluar untuk proses tukar-beli dengan kenderaan Toyota (mengikut terma dan syarat).  Toyota TopMark mengamalkan amalan proses jual beli yang adil dan telus yang merangkumi penyelesaian dokumen mana-mana pinjaman yang masih tertunggak dan penukaran pemilikan dengan kadar yang segera.

Sama seperti outlet Toyota TopMark yang lain, pengedar yang baharu juga bakal menawarkan model kereta terpakai Toyota dan Toyota Hibrid yang disahkan. Kualiti dan keandalan kenderaan yang ditawarkan adalah dijamin kerana ia telah menjalani pemerikasaan 201-titik yang ketat dan komprehensif. Ia meliputi pemeriksaan keselamatan untuk memastikan semua sistem keselamatan berfungsi dengan baik dan bunga tayar dalam keadaan yang baik (jika tidak, ia akan diganti).

Bateri standard juga akan digantikan dengan yang baharu dan alat ganti tulen Toyota akan digunakan sekiranya ia memerlukan penggantian. Kesemua proses dilakukan di pusat servis Toyota yang bertauliah. Selain itu, setiap kenderaan didatangkan dengan waranti selama 2-tahun atau 40,000 km (yang mana terdahulu) untuk enjin dan transmisi.

Kelima-lima lokasi terbaharu ini akan menyertai lima outlet Toyota TopMark yang sedia ada yang terletak di Petaling Jaya, Butterworth Johor Bahru dan Kuantan. Kenderaan terpakai Lexus yang disahkan turut ditawarkan di beberapa lokasi terpilih. Anak syarikat UMWT sepenuhnya ini telah memberikan kenderaan terpakai berkualiti kepada orang ramai sejak 17 tahun yang lalu.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply