ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota ungguli carta teratas dalam segmen bukan-nasional di Malaysia, Vios dan Hilux model paling laris

Berita Tempatan

Views

Toyota melabuhkan tirai 2021 dengan cemerlang sekali gus berjaya menduduki tangga teratas dalam carta jenama automotif bukan-nasional di Malaysia.

Vios terus menjadi model Toyota paling laris dengan 31 peratus jumlah jualan keseluruhan, manakala Hilux masih tiada tandingan dalam segmen trak pikap sejak 2005.

Untuk tahun 2021, UMW Toyota Motor berjaya menjual sebanyak 72,394 unit kenderaan, 22 peratus lebih tinggi berbanding tahun 2020 sebanyak 59,320.

JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

Jumlah jualan pada bulan Disember 2021 turut mencatatkan peningkatan 0.5 peratus dengan 9,289 unit, berbanding 9,246 dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Dari bulan ke bulan, UMW Toyota Motor berjaya melepasi jumlah jualan 8,487 unit berbanding November sebanyak 9 peratus.

Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran. K berkata, meskipun tahun 2021 agak mencabar, mereka di Toyota menunjukkan daya tahan dengan berinovasi secara berterusan untuk menawarkan hanya penyelesaian mobiliti terbaik kepada pelanggan.

Bagi tahun 2022, UMW Toyota Motor telah bersedia dengan beberapa perancangan menarik termasuklah pengenalan inovasi mobiliti masa depan yang memfokuskan kepada kelestarian.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X70 MC1 ‘ronda-ronda’ sekitar Tanjung Malim

Rancangan Malaysia ke-12 (RM12) memberi tumpuan kepada memajukan negara untuk menjadi negara neutral karbon menjelang 2050 dan mencapai pertumbuhan yang mampan.

Toyota berada di landasan yang tepat menerusi agenda hijau ini, dengan menerajui barisan hadapan teknologi Hibrid Elektrik dengan lebih daripada 18 juta kenderaan dijual setakat ini dan menawarkan 45 model Kenderaan Hibrid Elektrik (HEV) berbeza di pasaran.

Ini termasuklah, kenderaan hibrid pemasangan tempatan (CKD) pertama, Toyota Corolla Cross Hybrid yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor, Akio Takeyama berkata, pengenalan Corolla Cross Hybrid akan menandakan peristiwa penting buat mereka dan bakan membuka jalan kepada industri pembuatan kenderaan cekap tenaga (EEV) di Malaysia.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply