ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota Vellfire ganti Proton Perdana sebagai kenderaan rasmi Menteri, kos sewa bulanan RM4,851.61

Berita Tempatan

Views

Kerajaan memutuskan menggunakan Toyota Vellfire 2.5L sebagai Kenderaan Rasmi Jawatan (KRJ) Menteri Kabinet bagi menggantikan Proton Perdana 2.4 Premium yang ditamatkan pengeluarannya pada 2014.

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!

Menurut Harian Metro, Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan memaklumkan, pertukaran itu diputuskan mengambil kira pelbagai perbincangan pertukaran KRJ di media sosial.

Katanya, pemilihan Toyota Vellfire 2.5L berikutan kos sewa bulanan model berkenaan lebih rendah iaitu RM4,851.61 berbanding Proton Perdana 2.4 Premium (RM4,854.41).

JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

Cadangan penggantian Proton Perdana kepada kenderaan lain seperti Vellfire sebenarnya sudah dipertimbangkan ketika pentadbiran kerajaan terdahulu tetapi ditangguhkan dan hanya dilaksanakan pada tahun ini.

Untuk makluman, usia KRJ bagi jemaah menteri sebelum penggantian pada tahun ini ada yang mencecah enam tahun sedangkan penggantian KRJ bagi jemaah menteri sebenarnya dijadualkan setiap empat tahun sekali.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply