Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia sentiasa memantau penggunaan lampu mata pada kenderaan persendirian yang kerap kali menjadi rungutan pengguna jalan raya, berikutan suka mengambil kesempatan dan berlagak seperti pegawai penguatkuasa.
Menerusi satu hantaran di laman Facebook rasminya sebentar tadi, pada 12 September 2022 anggota JSPT telah menahan sebuah MPV jenis Toyota Vellfire yang dipandu oleh seorang lelaki berhampiran Kawasan Industri Batu Caves.
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
Kenderaan tersebut didapati telah menggunakan lampu mata arah biru di bahagian cermin hadapan di atas papan pemuka.
Pemandu tersebut telah disiasat di bawah Kaedah 94 Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Pembuatan dan Penggunaan) 1959 dimana jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih daripada RM2,000 atau penjara tidak melebihi (6) bulan.
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JSPT menegaskan mana-mana pemilik kenderaan yang mengubah suai dan menggunakan lampu mata arah pada kenderaan persendirian adalah menjadi suatu kesalahan dan boleh diambil tindakan.
Menurut Kaedah 9, Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 hanya kenderaan dalam tugas kecemasan seperti kenderaan Polis, Bomba, Ambulans dan JPJ sahaja dibenarkan mendapat hak laluan mengatasi kenderaan lain dengan cara membunyikan siren tertentu, loceng atau hon dua nada.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
KOMEN TERKINI