ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota Vellfire terbabas dihambat MPV polis, tiga lelaki Afrika cabut lari

Berita Tempatan

Views

Polis memburu tiga lelaki warga asing yang melarikan diri ketika dikejar anggota kereta peronda polis (MPV) di Bulatan Hillview, Hulu Kelang, baru-baru ini. Menurut Harian Metro, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 4.15 pagi apabila pasukan rondaan melihat kenderaan dinaiki tiga individu berkenaan dalam keadaan mencurigakan.

JOM BACA >> Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

Katanya, ketika cuba menahan kenderaan jenis Toyota Vellfire dinaiki kumpulan lelaki itu, secara tiba-tiba kenderaan dinaiki suspek terus memecut laju ke arah Jalan Ampang. Tambah beliau, anggota polis kemudian mengejar kereta terbabit yang menghala ke lebuh raya sebelum terbabas ditepi jalan.

JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

Mohamad Farouk berkata, suspek dipercayai warga Afrika melarikan diri dengan meninggalkan kenderaan mewah itu. Pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan mendapati kereta itu didaftar atas penama warga tempatan dan tiada rekod hilang. Polis menemui beberapa topeng muka berwarna hitam dan putih.

Kenderaan berkenaan dirampas dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya. Menurutnya, siasatan lanjut juga mendapati seorang lelaki warga asing menyewa kenderaan berkenaan dari sebuah syarikat sewa kereta di Cheras 2, Balakong. Tambahnya lagi, pemilik kenderaan itu juga sudah di panggil untuk memberi keterangan. Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Info Roadblock JPJ/POLIS

JOM BACA >> Ottimo sedang persiapkan ‘supermoped’ 175cc baharu?
JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam
JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?
JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply