ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota Veloz baharu tunjuk wajah sebenar, termasuk ruang dalaman

Berita Tempatan

Views

Setelah kembarnya generasi kedua Perodua Alza (D27A) dilancarkan secara rasmi semalam, tiba giliran Toyota Malaysia untuk memaparkan wajah sebenar Veloz serba baharu menerusi siri iklan acah terkini menerusi laman Facebook rasminya.

Kali ini Veloz tanpa segan silu memaparkan wajah sebenarnya dengan kemasan dwitona. Berbeza dengan Alza, reka bentuk lampu dan jerijinya tampil dengan rekaan yang lebih premium.

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

Ruang kabinnya juga menampilkan permainan dwitona, kombinasi hitam dan putih dengan sedikit calitan warna biru pada beberapa bahagian. Selain itu, rekaan unit kawalan pendingin hawa pada konsol tengahnya nampak jauh lebih kemas dan premium.

Tempahan bagi model pengganti Avanza ini telah mula dibuka sejak 24 Jun 2022. Hanya satu varian sahaja ditawarkan, iaitu Toyota Veloz 1.5 A/T yang merupakan spesifikasi tertinggi dengan ciri-ciri termaju.

Untuk pasaran Malaysia, lima pilihan warna ditawarkan, dua daripada merupakan dwitona berbumbung hitam iaitu Silver Metallic dan Blue Metallic, manakala selebihnya satu tona iaitu WhiteMetallic Bluish Black dan Red Metallic.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

Dipasang secara tempatan (CKD) di kilang yang sama dengan Alza 2022 (D27A), ia dikuasakan oleh enjin 1.5L  (2NR-VE) yang digandingkan bersama transmisi CVT 7-kelajuan. Dari aspek keselamatan, Veloz 2022 dilengkapi dengan Toyota Safety Sense, selain Brek Parkir Elektronik (EPB).

Veloz 2022 turut dilengkapi dengan pad pengecas nirwayar “Qi”, lampu depan jenis LED, lampu siang LED (DRL), tayar 205/50R17, rim aloi 17-inci, rel para bumbung dan kawalan pendingin hawa automatik.

Harga anggaran atas jalan (OTR) bagi Veloz 1.5 A/T adalah dari RM 95,000 tidak termasuk insurans. Bagi yang mahukan warna dwitona, mereka perlu mengeluarkan modal tambahan sebanyak RM 1,300.00.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Toyota Malaysia

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply