ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota Vios 2018 diperkenalkan – Apa yang menarik mengenainya?

Views

Model popular Toyota Vios untuk 2018 telah diberi peningkatan dengan lebih banyak aksesori dan penampilan yang lebih segar, sekaligus ia memberi lebih nilai dan kelebihan pada pemiliknya. Vios 2018 ditawarkan dengan enam pilihan varian dengan harga serendah RM74,980 (tanpa insurans). Bermula dari sekarang hingga hujung Februari 2018, pembeli model Vios baharu bakal menikmati penjimatan sehingga RM2,512 dan menerima ang pow sebanyak RM988, termasuk aksesori percuma.

Apa yang menarik mengenai Toyota Vios 2018?

  • Varian paling tinggi Vios TRD,  tampil dengan kit badan yang lebih sporty dengan jalur-jalur berwarna yang direka oleh TRD Asia. Ia turut berfungsi dari sudut aerodinamik.
  • Perumah cermin sisi kini dengan kemasan warna hitam.
  • Varian yang lain dilengkapi kit badan rekaan terbaru dengan jeriji ‘sarang lebah’.
  • Kemasan tempat duduk baharu untuk varian-varian gred GX, E dan J.
  • Kemasan kulit bagi tempat duduk varian GX yang turut dilengkapi liang udara untuk lebih keselesaan.
  • Pengesan parkir untuk Vios 1.5 TRD, GX dan G.
  • Semua varian Vios kini dilengkapi dengan antena ‘sirip jerung’ mengikut warna badan kecuali varian TRD dengan kemasan warna hitam.
  • Plat penghadang untuk semua varian kecuali Vios 1.5 J. Bagi varian TRD, pencahayaan berkenaan adalah dalam warna amber, manakala yang lain-lain dalam warna putih.
  • Aksesori termaju seperti Peninjau Pandangan Panoramik, Perakam Video Digital dan sistem infotainmen DVD-AVN dengan skrin sentuh 7-inci serta sambungan kepada telefon pintar dan internet. Pemilik Vios 1.5 J juga boleh menaiktaraf sistem infotainmen DVD-AVX dengan skrin sentuh 6.2-inci yang dilengkapi sambungan Bluetooth, HDMI, Voice Dial serta kamera undur sebagai pilihan. Kos bagi aksesori ini boleh dimasukkan sekali ke dalam pinjaman sewa beli.

Semua model Toyota datang dengan jaminan 5-tahun tanpa had perbatuan dan jaminan itu juga turut sah bagi pemilik seterusnya, selagi masih dalam tempoh 5-tahun pertama perlindungan. Untuk maklumat lanjut mengenai Vios terbaharu serta tawaran istimewa sempena Tahun Baru Cina, kunjungi mana-mana bilik pameran Toyota berhampiran atau layari toyota.com.my.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

3 Comments

Leave a Reply